MADINAH: Kerajaan Arab Saudi giat menjalankan program pembangunan teknologi bagi memastikan pengalaman umrah dan ziarah berjalan lancar.
Ini sebahagian daripada aspirasi yang telah digariskan dalam Wawasan 2030 Arab Saudi yang mahu terus meningkatkan jumlah jemaah umrah dari tahun ke tahun.
Arab Saudi giat bangunkan teknologi AI
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan mahupun penyedia teknologi untuk berinteraksi dan bekerjasama.
Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Umrah, Dr Abdul Rahman Shams, forum ini penting kerana kerajaan Arab Saudi ketika ini mahu cepat mengadaptasi teknologi demi kepentingan umat Islam di seluruh dunia.
“Kami kumpulkan semua sektor kerajaan dan swasta dalam mencari penyelesaian untuk mempermudahkan proses pengurusan umrah buat semua umat Islam.
“Terdapat banyak inisiatif yang telah digerakkan untuk mengadaptasi teknologi baharu terutamanya teknologi kecerdasan buatan bagi membolehkan Arab Saudi dapat meningkat kapasitinya bagi menerima lebih banyak jemaah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Kerjasama awam-swasta
Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi melalui wahana pelaburan mereka banyak melabur kepada syarikat swasta untuk mengumpulkan segala penyelesaian paling cekap bagi mempermudah proses pengurusan berkaitan umrah dan ziarah.
Sebagai contoh, syarikat penyedia perkhidmatan digital Arab Saudi, Tasheer berfungsi untuk mencari penyelesaian teknologi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan imigresen di Arab Saudi.
Antara teknologi yang dibangunkan ialah proses verifikasi biometrik bagi proses berkaitan pendaftaran visa pelancong, pelawat mahupun mereka yang mahu mengerjakan umrah.
Tasheer memanfaatkan hubungan dua hala kerajaan Arab Saudi dengan negara-negara Islam lain bagi membolehkan pihaknya mendapat akses kepada data jemaah umrah untuk membangunkan sistem visa dengan lebih cekap.
Proses ini membabitkan teknologi pengesanan wajah, cap jari serta integrasi maklumat penerbangan, maklumat passport dan juga penginapan jemaah.
Kesemua model sistem kecerdasan buatan yang dibangunkan ini dibuat dengan gabungan kepakaran tempatan dan juga negara rakan kongsi yang lain.
Tiba masa umat Islam celik digital
Berdasarkan inisiatif-inisiatif penambahbaikan pengalaman umrah yang telah mula digerakkan kerajaan Arab Saudi, tiba masanya umat Islam bangkit.
Masa depan umrah dan ziarah pastinya memerlukan ilmu asas pengetahuan digital bagi membolehkan lebih ramai umat Islam hadir ke dua kota soci ini.
Ketika ini, sesiapa sahaja yang mahu beribadat di Raudhah, sebuah lokasi yang mustajab doa di Masjid Nabawi perlu berdaftar menggunakan Aplikasi Nusuk.
Makanya, sesiapa yang tidak ada pengetahuan atau menggunakan telefon pintar, maka tiada peluang untuk beribadat di lokasi yang menjadi rebutan ramai.
Hilal Azmi
Wed Apr 24 2024

Dr Abdul Rahman berkata, forum ini penting kerana kerajaan Arab Saudi ketika ini mahu cepat mengadaptasi teknologi demi kepentingan umat Islam di seluruh dunia. - Gambar Astro AWANI/Hilal Azmi

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan