WARSAW: Presiden Poland Andrzej Duda pada Rabu berkata tiada prospek untuk kemasukan Ukraine ke NATO ketika Sidang Kemuncak NATO di Lithuania, lapor Sputnik.
Ketika ditanya mengenai sidang kemuncak yang diadakan di Vilnius Lithuania dari 11 hingga 12 Julai, Duda berkata beliau bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan bercakap dengannya mengenai prospek penyertaan Ukraine ke NATO.
"Dari awal lagi, kami menyedari ini adalah isu yang sangat kompleks. Khususnya, ia agak rumit hanya kerana terdapat peperangan yang sedang berlaku, dan kami sedar penerimaan Ukraine sebagai anggota penuh NATO adalah di luar persoalan pada masa ini," Agensi Akhbar Poland memetik presiden sebagai berkata pada Forum Krynica 2023 di Poland.
Duda berkata, kemasukan Ukraine ke NATO bermakna pakatan itu berperang dengan Rusia kerana Artikel 5 Perjanjian Atlantik Utara mengenai prinsip pertahanan kolektif.
"Oleh itu, adalah jelas negara NATO tidak akan bersetuju dengan perkara ini," kata presiden, sambil menambah Sidang Kemuncak Vilnius adalah "tentang membuka pintu kepada NATO untuk Ukraine".
Sebagai hasil daripada sidang kemuncak itu, pemimpin NATO bersetuju dengan pakej tiga elemen untuk membawa Ukraine lebih dekat dengan perikatan itu iaitu penciptaan program bantuan untuk Ukraine; penubuhan Majlis NATO-Ukraine, dan ketiga pembatalan pelan tindakan keahlian untuk Ukraine.
Bagaimanapun, blok itu tidak memberikan jemputan rasmi kepada Kiev.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Kemasukan Ukraine ke NATO bermakna pakatan itu berperang dengan Rusia kerana Artikel 5 Perjanjian Atlantik Utara mengenai prinsip pertahanan kolektif. - Gambar fail/ Reuters
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
'Kebimbangan terhadap ancaman kepada UNIFIL' - Pertahanan G7
Ia menekankan bahawa keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) adalah tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam konflik.
UNGA 79: Perjanjian gencatan senjata dicadangkan AS perlu segera direalisasikan - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata di Gaza yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama tiga negara pengantara melibatkan Qatar, Mesir dan Turkiye perlu segera direalisasikan, kata Joe Biden.
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
AS, sekutu janji lebih banyak pertahanan udara buat Ukraine - Biden
Amerika, Jerman, Belanda, Romania dan Itali akan bekalkan lebih banyak sistem pertahanan udara kepada Ukraine dalam menghadapi serangan daripada Rusia.