LONDON: Persaingan untuk menggantikan Perdana Menteri Boris Johnson bermula secara rasmi pada Rabu dengan pencalonan bagi merebut jawatan itu dalam kalangan pemimpin parti konservatif dibuka dan ditutup pada Selasa.

Pemimpin Parti Konservatif yang seterusnya akan diangkat menjadi Perdana Menteri United Kingdom (UK) bakal diumum pada 5 September.

Menurut Ketua Pemilihan Jawatankuasa 1922, Graham Brady mereka yang berhasrat merebut jawatan itu perlu dicalonkan sekurang-kurangnya 20 penggubal undang-undang untuk menyertai undian pertama.

Peraturan itu dijangkan akan menyingkirkan beberapa pesaing sebelum pengundian dimulakan.

"Pencalonan akan dibuka dan ditutup esok. Kami akan mengadakan undian pertama pada Rabu dan undi kedua mungkin pada Khamis.

"Kami menjangkakan 20 penyokong bagi setiap calon, juga pencadang dan penyokong yang akan diumumkan, dan 18 yang lain.

"Kami juga menjangkakan pada undian pertama mana-mana calon mesti memenangi sekurang-kurangnya 30 undi daripada rakan Parlimen."

Ahli Parlimen Tory akan mengurangkan calon kepada dua calon terakhir pada 21 Julai ini dalam pusingan pengundian berturut-turut.

Dianggarkan kira-kira 160,000 ahli parti kemudian akan memilih dalam undi pos.

Setakat ini 11 calon telah menawarkan diri dalam perlumbaan untuk menggantikan Boris Johnson.