WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tetap bersedia untuk laksana libat urus dengan Korea Utara yang melancarkan ujian peluru berpandu balistik kapal selam terbaharunya pada Selasa.
Menurut Agensi Berita Xinhua, Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki memberitahu wartawan semasa taklimat harian bahawa AS mengutuk pelancaran peluru berpandu itu sambil menyatakan "pelancaran itu juga menunjukkan keperluan mendesak untuk adakan dialog dan diplomasi".
"Tawaran kami untuk bertemu boleh diadakan di mana sahaja, bila-bila masa tanpa syarat. Kami juga berunding dengan sekutu dalam hal ini. Kami tetap bersedia untuk terlibat dalam diplomasi dengan Korea Utara," tambahnya.
Pada Selasa, Wakil Khas AS untuk Korea Utara, Sung Kim mengadakan pertemuan tiga hala dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan dan Jepun mengenai keadaan semasa di Semenanjung Korea, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negeri.
"Kim menekankan kecaman AS terhadap pelancaran peluru berpandu balistik DPRK pada 19 Oktober, yang melanggar banyak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan meminta Korea Utara untuk tidak meneruskan dengan provokasi dan sebaliknya ambil bahagian dalam dialog yang berterusan dan substantif," kata kenyataan itu.
Pentadbiran Joe Biden di AS telah berulang kali mencadangkan agar pihaknya berusaha untuk laksanakan libat urus dengan Pyongyang mengenai masalah pelucutan senjata nuklear tetapi tidak menunjukkan kesediaan untuk mengurangkan sekatan terhadap negara itu.
Pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un minggu lalu mengatakan tidak ada alasan untuk mempercayai bahawa AS baru-baru ini memberi isyarat bahawa ia tidak memusuhi Pyongyang, selain membidas Korea Selatan kerana bersikap pilih kasih dengan terus meningkatkan kemampuan ketenteraannya.
Namun, Kim menyatakan bahawa musuh Korea Utara adalah "perang itu sendiri, bukan negara atau tentera tertentu seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat".
Menurut Xinhua, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) Korea Utara pada Rabu melaporkan negara itu menguji peluru berpandu balistik kapal selam jenis baharu pada Selasa. Pada hari yang sama, Ketua Staf Gabungan Korea Selatan (JCS) berkata Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan timur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Psaki berkata AS mengutuk pelancaran peluru berpandu itu sambil menyatakan "pelancaran itu juga menunjukkan keperluan mendesak untuk adakan dialog dan diplomasi". - Gambar fail/AP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid