ANKARA: Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada Isnin.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan pada 23 kilometer timur Nurdagi, wilayah Gaziantep.

Gempa pada kedalaman 24.1 kilometer itu turut dirasai di tengah Turkiye.



USGS turut melaporkan satu lagi gempa berukuran 6.7 magnitud yang melanda pada kedalaman 9.9 kilometer kira-kira 11 minit selepas gempa pertama.

Beberapa bangunan pangsapuri dilaporkan runtuh dengan puluhan individu terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa kuat itu.

Runtuhan dilaporkan berlaku di wilayah Malatya, Diyarbakir dan Malatya.

Walau bagaimanapun tiada laporan berhubung kemalangan jiwa setakat ini.


 Multiple apartment buildings have collapsed after a powerful earthquake in southern Turkey pic.twitter.com/wydrBj94RL


Gempa turut dirasai di Lubnan dan Syria.

Media kerajaan Syria melaporkan beberapa bangunan runtuh di bandar utara Aleppo dan bandar tengah Hama.

Gegaran turut dirasai di Beirut dan Damsyik.