KUALA LUMPUR: Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan yang dimainkan negara dalam arena antarabangsa terutamanya menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yang mengadakan perbualan telefon bersama Speaker of the Grand National Assembly of Turkey, Prof Dr Mustafa Sentop, semalam.
Menerusi kenyataan di sini hari ini, Rais berkata penghargaan turut diberikan Turki kepada negara atas peranan yang dimainkan dalam aspek kemanusiaan.
"Turki merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas kerjasama melalui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pendidikan tinggi Islam," katanya.
Selain itu, beliau berkata komitmen memerangi jenayah rasuah di peringkat antarabangsa serta perjuangan bersama bagi mencari penyelesaian kepada konflik antarabangsa, antara yang turut dipersepakati kedua-dua dewan menerusi perbualan telefon berkenaan.
Rais berkata Turki turut berharap Malaysia memahami peranan yang dimainkan negara itu dalam isu keamanan di rantau Eropah, ASEAN dan platform OIC.
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan telah dijemput menghadiri satu persidangan khas yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Jun ini di Turki.
Hubungan diplomatik Kuala Lumpur dengan Ankara bermula pada 1964 dan Turki mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur dan Malaysia mempunyai kedutaan di Ankara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
![Turki rakam penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan dalam OIC Turki rakam penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan dalam OIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651743183_TBMUSTAFASENTOPjpg.jpg)
Prof Dr Mustafa Sentop menyampaikan penghargaan Turki kepada Malaysia atas peranan yang dimainkan dalam aspek kemanusiaan. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![EURO 2024: Turki tunjuk permainan berkualiti, menang berdepan Georgia EURO 2024: Turki tunjuk permainan berkualiti, menang berdepan Georgia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718753268_TBTURKEYEURO.jpg)
EURO 2024: Turki tunjuk permainan berkualiti, menang berdepan Georgia
Turki melakar kemenangan apabila menewaskan pasukan lawan, Georgia, di Stadium BVB Dortmund, awal pagi Rabu.
![Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717900607_TBTokMat.jpg)
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715153357_tbCelalSamiTfeki.jpg)
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
![Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713864042_KamarulZamanjpg.jpg)
Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Keputusan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turki di Ankara.
![Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712815242_tbAnwarIbrahimRec.jpg)
Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Anwar dan Erdogan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.
![Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712108347_Protestsspreadjpg.jpg)
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.
![Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709981337_TurkishPresidentTa.jpg)
Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine
Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.
![Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709675495_Peopleprotest.jpg)
Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel
Suspek dipercayai telah menyampaikan maklumat kepada Mossad untuk mendapatkan sejumlah wang.
![MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709534826_UUM.jpg)
MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.