RIYADH: Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, wilayah tengah, stesen kereta api Haramain, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
Langkah itu berkuat kuasa mulai Ahad, 2 Jun hingga 20 Jun 2024, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Menurut pihak Keselamatan Awam, mana-mana warganegara, pemastautin dan pelawat yang didapati melanggar peraturan akan didenda 10,000 riyal.
Selain itu, pemastautin akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan dilarang memasuki semula Arab Saudi untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
Keselamatan Awam Arab Saudi juga menekankan bahawa individu yang melanggar peraturan secara berulang akan didenda dua kali ganda, menegaskan kepentingan mematuhi peraturan haji untuk memastikan tetamu Allah dapat melakukan ibadah mereka dengan selamat, aman, selesa dan tenang.
Selain itu, individu yang ditahan membawa jemaah tanpa tanpa permit haji akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga 50,000 riyal.
Terdapat juga desakan untuk merampas kenderaan yang digunakan dalam kesalahan itu melalui perintah mahkamah.
Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan jemaah tanpa permit yang dibawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024
Menurut pihak Keselamatan Awam, mana-mana warganegara, pemastautin dan pelawat yang didapati melanggar peraturan akan didenda 10,000 riyal. - Astro AWANI/LInda Salim
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Arab Saudi umum penalti 10,000 Riyal jika memasuki 7 kawasan tanpa permit haji
Penalti dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap dalam kawasan itu tanpa permit haji.