Kedua-dua calon memperoleh sokongan 49 peratus menjelang pengundian pada Selasa, manakala dua peratus responden lain menyatakan mereka akan mengundi calon lain.
Trump dan Harris juga sama-sama dijangka dapat memperbaiki kualiti hidup rakyat Amerika, masing-masing pada 44 peratus, namun calon Republikan itu mendahului pesaing Demokratnya dari segi kejelasan pelan strateginya untuk ekonomi, dengan 45 peratus berbanding 42 peratus.
Tinjauan itu dijalankan dari 31 Oktober hingga 3 November melibatkan 950 pengundi berkemungkinan, dengan margin ralat tidak melebihi tiga mata peratusan.
Dimiliki oleh News Corporation milik Rupert Murdoch, New York Post telah menyokong Trump untuk jawatan Presiden pada akhir Oktober. - BERNAMA