Presiden Donald Trump mengarahkan pihak tentera Amerika Syarikat (AS) untuk terus mengekalkan operasi penjara Teluk Guantanamo di Cuba.
Pengumuman berkenaan dibuat presiden penuh kontroversi itu semasa menyampaikan ucaptama di 'State of the Union'.
"Saya baru sahaja menandatangani arahan berkenaan bagi membolehkan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis menyemak semula dasar tahanan tentera dan supaya pusat tahanan di Teluk Guantanamo terus dibuka," jelas Trump.
Arahan ini merupakan tindakan yang bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan Presiden Barack Obama yang meminta agar pusat tahanan itu ditutup.
Arahan Trump juga memberikan Mattis tempoh tiga bulan untuk mengusulkan dasar mengenai penahanan individu yang ditahan semasa konflik bersenjata, termasuk dasar untuk memindahkan tahanan ke Teluk Guantanamo.
"Pengganas melakukan tindakan seperti meletupkan bom di hospital dan ini adalah sesuatu yang jahat. Kita tiada pilihan selain daripada memusnahkan mereka. Jika perlu, kita perlu menahan dan menyoal siasat mereka.
"Kita perlu jelas, pengganas bukan sahaja penjenayah tetapi mereka adalah pejuang musuh," jelas Trump.
Pihak yang menyokong penjara tentera mempertahankan bahawa semua tahanan yang ditahan di Teluk Guantanamo adalah terlalu bahaya untuk dipindahkan ke AS atau negara lain.
Mereka juga mempertahankan bahawa pusat tahanan itu juga menjadi 'alat' terbaik untuk mendapat maklumat mengenai pengganas.
Tetapi kritik berpendapat penjara itu terlalu mahal, tidak perlu dan sering digunakan kumpulan pengganas untuk mencari rekrut baru.
Ia juga menjadi tamparan kepada legasi pentadbiran Obama yang benar-benar mahu pusat tahanan itu ditutup.
Agensi
Wed Jan 31 2018
Trump ketika menyampaikan ucapan 'State of the Union' untuk kali pertama mengumumkan arahan untuk mengekalkan operasi Pusat Tahanan Teluk Guantanamo. - REUTERS
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden
Pejabat Personel Presiden sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan daripada pentadbiran terdahulu.
WEF: Ketegangan ekonomi AS-China bukan hal baharu, Malaysia atur langkah lebih berhati-hati
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit
Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan.
AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang pada 21 Jan - Setiausaha Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya.