NEW YORK: Walaupun cedera dalam tembakan di perhimpunan di Butler, Pennsylvania, kempen bekas Presiden Donald Trump mengesahkan beliau akan menghadiri Konvensyen Nasional Republikan minggu depan seperti yang dirancang.
Dalam satu kenyataan bersama dengan Jawatankuasa Nasional Republikan, mereka melaporkan Trump "berada dalam keadaan baik" dan "berharap untuk menyertai anda semua di Milwaukee ketika kami meneruskan konvensyen kami," lapor Agensi Berita Xinhua.
Konvensyen Nasional Republikan dijadualkan diadakan di Milwaukee, Wisconsin, dari 15 hingga 18 Julai, yang Trump dijangka akan dinobatkan secara rasmi sebagai calon presiden parti untuk pilihan raya pada 5 Nov.
Tembakan dilepaskan di perhimpunan di Butler, Pennsylvania pada petang Sabtu ketika Trump sedang menyampaikan ucapan.
Kedengaran jeritan daripada orang ramai dan Trump dilihat berlumuran darah di bahagian kepala dan telinga, berdasarkan rakaman video. Beliau segera dibawa ke dalam kenderaan dan meninggalkan lokasi.
Dalam satu kenyataan di platform X, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) berkata semasa perhimpunan Trump di Butler, seorang suspek penembak melepaskan "beberapa tembakan" ke arah pentas dari kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.
Ejen Perkhidmatan Rahsia berkata suspek telah ditembak dan meninggal dunia manakala bekas presiden "berada dalam keadaan selamat," menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa seorang penonton terbunuh dan dua lagi cedera parah.
Kejadian tembakan itu sedang disiasat sebagai cubaan pembunuhan, kata pegawai penguat kuasa undang-undang.
Presiden AS Joe Biden mengutuk tembakan itu pada Sabtu.
"Tiada tempat untuk keganasan seperti ini di Amerika. Kita mesti bersatu sebagai satu negara untuk mengecamnya," katanya dalam hantaran di X.
Xinhua melaporkan bahawa dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh White House, Biden berkata beliau telah diberi taklimat sepenuhnya mengenai insiden itu.
"Saya telah cuba menghubungi Donald. Beliau bersama doktor-doktornya...beliau berada dalam keadaan baik," kata Biden.
Biden bercakap dengan Trump selepas kejadian tembakan itu, menurut White House.
Biden, yang kembali ke White House dari Delaware untuk memantau keadaan, berkata tiada tempat di negara ini untuk keganasan seperti itu.
"Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. Kita tidak boleh terima perkara ini...Semua orang mesti mengecamnya," kata Biden.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024

Trump dilaporkan "berada dalam keadaan baik" dan berharap untuk menyertai mereka yang hadir ke konvensyen di Milwaukee. - AP

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump kenakan tarif ke atas kereta, cip dan farmaseutikal 'dalam sebulan atau lebih awal'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif "dalam tempoh sebulan atau lebih awal".

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

Trump: “Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera” di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat turut menekankan keperluan dialog antara kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlarutan.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.