SATU ketika dulu, namanya pernah disanjung, jutaan orang melaungkan namanya, bersorak apabila melihat kelibatnya.
Memimpin Amerika Syarikat, kuasa besar dunia, disokong pula jutaan rakyat membuatkan Presiden Donald Trump kadangkala (mungkin juga selalunya) lantang ketika berbicara.
Namun tanpa disangka, sebaik tewas kepada Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden pada November lepas, penduduk di kejiranan didiami Trump memilih untuk ‘menghalau’ bekas presiden itu.
Kalau di Malaysia, kita mungkin tidak kisah sekiranya bekas perdana menteri tinggal berhampiran, tapi di negara itu, nampaknya situasi adalah agak berbeza.
Portal Global News melaporkan beberapa penduduk di Palm Beach, Florida meminta pihak berkuasa di bandar itu melarang Trump untuk menetap di resort Mar-a-Lago setelah beliau dijangka meninggalkan pejabatnya di White House bulan depan.
Jiran Trump menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk melarang pemimpin itu menjadikan Mar-a-Lago sebagai kediaman tetap.
Difahamkan, surat itu ditulis oleh seorang peguam dan ditujukan kepada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, menurut salinan yang diperoleh Washington Post.
Surat itu mendesak Palm Beach untuk memberitahu Trump bahawa dia mesti mencari kediaman tetap baharu dan meminta beliau melakukannya sekarang untuk "mengelakkan situasi memalukan" di kemudian hari.
Trump tidak akan lagi tinggal di White House selepas 20 Januari 2021 dan jirannya di Florida pula menghalang bekas presiden itu menetap di rumah singgah yang dilabelkan sebagai “Winter White House” itu.
Punca utama tindakan kejiranan itu dipercayai kerana Trump acap kali membawa kakitangan yang ramai, malah pesawat turut ikut sama, membuatkan jirannya berasa terganggu kerana bunyi bising.
Jiran di kawasan itu sudah bertahun lama membuat aduan dan kini mereka khuatir gangguan tersebut akan berterusan sekiranya Trump tinggal di sana secara tetap.
Surat itu muncul ketika Trump meniti saat sukar dalam hidupnya selepas tewas kepada Biden bulan lalu.
Agensi
Thu Dec 17 2020
![Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608180819_MaraLago.jpg)
Penduduk di Palm Beach, Florida meminta pihak berkuasa di bandar itu melarang Trump menetap di resort Mar-a-Lago apabila meninggalkan pejabatnya di White House bulan depan. -Reuters
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![AS komited lawan perilaku tidak adil China AS komited lawan perilaku tidak adil China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614647119_TBKatherineTai.jpg)
AS komited lawan perilaku tidak adil China
Wakil dagangan Amerika yang dipilih Joe Biden, Katherine Tai komited melawan perilaku dagangan dan ekonomi China yang tidak adil.
![Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608180819_MaraLago.jpg)
Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya
Jiran Trump menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan melarang pemimpin itu menjadikan Mar-a-Lago sebagai kediaman tetapnya.
![Kelewatan peralihan kuasa sukarkan tindak balas terhadap COVID-19 - Pasukan khas Biden Kelewatan peralihan kuasa sukarkan tindak balas terhadap COVID-19 - Pasukan khas Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604485844_950x600.jpg)
Kelewatan peralihan kuasa sukarkan tindak balas terhadap COVID-19 - Pasukan khas Biden
Pakar tidak dapat berbincang dengan pegawai pentadbiran semasa yang menangani virus itu walaupun AS dilanda lonjakan kes baharu COVID-19.
![Ini lima tumpuan pusingan debat Naib Presiden AS malam ini Ini lima tumpuan pusingan debat Naib Presiden AS malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602084293_MASHUP.jpg)
Ini lima tumpuan pusingan debat Naib Presiden AS malam ini
Ia merupakan persaingan di antara Naib Presiden AS, Mike Pence dan saingan demokratnya, Senator Kamala Harris dari California.
![Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596775342_TBTRUMPTIKTOKx.jpg)
Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump
Ia tiada pilihan selain memfailkan saman untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan syarikat serta pengguna dilayan dengan adil oleh pentadbiran Trump.
![Trump ancam ambil tindakan terhadap syarikat media sosial Trump ancam ambil tindakan terhadap syarikat media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590653205_TBDonaldTrump.jpg)
Trump ancam ambil tindakan terhadap syarikat media sosial
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mewujudkan peraturan baharu buat syarikat media sosial bahkan mungkin menutupnya.
![COVID-19: California guna kaedah undi pos bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat COVID-19: California guna kaedah undi pos bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588984719_GavinNewsom.jpg)
COVID-19: California guna kaedah undi pos bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat
Undian pos itu bagaimanapun tidak akan menggantikan pusat pengundian fizikal yang tetap diteruskan bagi mereka yang memilih pengundian secara biasa.
![Kes jangkitan COVID-19 di pusat jagaan warga emas New York di luar kawalan Kes jangkitan COVID-19 di pusat jagaan warga emas New York di luar kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587041354_covidnewyork.jpg)
Kes jangkitan COVID-19 di pusat jagaan warga emas New York di luar kawalan
Lebih 2,700 penghuni rumah penjagaan kesihatan dan warga emas di sini meninggal dunia akibat wabak tersebut.
![5 topik untuk sembang hari ini 5 topik untuk sembang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577483498_TBTOPIK.jpg)
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
![Huawei mahu undang-undang pertahanan AS NDAA 2019 diisytihar 'tidak berperlembagaan' Huawei mahu undang-undang pertahanan AS NDAA 2019 diisytihar 'tidak berperlembagaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71559106637_TBH.jpg)
Huawei mahu undang-undang pertahanan AS NDAA 2019 diisytihar 'tidak berperlembagaan'
Syarikat teknologi gergasi Huawei memfailkan satu usul kepada Mahkamah AS agar undang-undang yang menyenarai hitam Huawei diisytihar sebagai 'tidak berperlembagaan'.