SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berkata waktu sebenar untuk beliau menggantikan Lee Hsien Loong sebagai perdana menteri belum diputuskan lagi.
Wong berkata demikian semasa satu temu bual dengan Ketua Pengarang Berita Bloomberg John Micklethwait pada 15 Ogos dan transkrip penuh temu bual itu tersedia di laman sesawang Kementerian Kewangan.
Menjawab soalan Micklethwait mengenai bilakah beliau mungkin akan mengambil alih, Wong berkata kerajaan mempunyai proses yang sangat teliti dan menyeluruh untuk menentukan mengenai perancangan penggantian pemimpin.
"Rancangan itu terganggu kerana COVID-19. Kemudian kami terpaksa berbincang kembali, dan kami mahukan satu proses yang membolehkan kami memilih pemimpin sambil mengukuhkan semangat pasukan dalam Kabinet, dan kami telahpun melakukannya.
"Saya dipilih oleh rakan sekerja saya untuk mengetuai pasukan, saya berbesar hati dengan pilihan mereka, dan kami kini dalam proses membincangkan bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil alih daripada Perdana Menteri Lee," jelas Wong.
Menekan lebih lanjut mengenai masa, Micklethwait bertanya adakah Wong menjangkakan ia akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum pada 2025?
Wong menjawab bahawa "tidak lewat daripada 2025 - mungkin lebih awal."
"Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, dan kita telah menyebut perkara ini dalam sidang akhbar yang lalu, ia boleh berlaku sebelum Pilihan Raya Umum, dalam hal ini jika saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan saya jelas akan mengetuai PAP (Parti Tindakan Rakyat) dan pasukan 4G (Generasi Keempat) dalam pilihan raya," jelas beliau.
Atau PM Lee akan terus memimpin parti dalam pilihan raya akan datang sebagai perdana menteri, dan kemudian melepaskan jawatan kepadanya sekiranya PAP menang, tambah Wong.
"Ini adalah pilihan-pilihannya, tetapi kami masih belum membuat keputusan mengenai masa sebenar," kata Wong.
Wong berkata keutamaannya buat masa ini "adalah mula memikirkan tentang mengatur pasukan, bagaimana kita mungkin mahu menangani keutamaan segera kita dan memanfaatkan waktu ini untuk menyesuaikan diri saya dengan tanggungjawab dan portfolio baharu saya yang lebih luas ini."
"Kami akan membuat keputusan mengenai perkara penting itu dalam masa terdekat," katanya.
Temubual itu menyentuh topik yang luas termasuk geopolitik, ekonomi global dan prospek ekonomi Singapura.
Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa 13 Jun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Wong berkata kerajaan mempunyai proses yang sangat teliti dan menyeluruh untuk menentukan mengenai perancangan penggantian pemimpin. - Foto Facebook/@LawrenceWongST
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Singapura bina penjana hidrogen, mula beroperasi 2029
Unit penjana baharu itu, yang akan dibangunkan oleh PacificLight Power, mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt.
Ekonomi Singapura berkembang 4.3 peratus pada suku keempat pada 2024 - MTI
Bagi sepanjang tahun itu, ekonomi negara itu berkembang sebanyak 4.0 peratus, mengatasi pertumbuhan 1.1 peratus pada 2023.