JAKARTA: Rakyat Timor-Leste, negara demokrasi termuda di dunia, keluar mengundi pada Ahad untuk pilihan raya parlimen kelima sejak kemerdekaannya pada 2002.
Lebih 890,000 pengundi di negara ini dan kira-kira 11,800 pengundi di luar negara layak mengundi untuk memilih satu daripada 17 parti politik yang bertanding, menurut data Sekretariat Teknikal Pentadbiran Pilihan Raya Timor-Leste, lapor Xinhua.
Berdasarkan kalendar pilihan raya parlimen yang dikeluarkan di laman sesawang kerajaan Timor-Leste, Sekretariat dijadual melengkapkan keputusan pengiraan akhir sebelum 30 Mei.
Jika tiada rayuan terhadap keputusan pilihan raya, Mahkamah Rayuan negara itu akan mengumumkan keputusan rasmi selewat-lewatnya pada 6 Jun.
Sebanyak 65 Anggota Parlimen akan dipilih dalam senarai tertutup perwakilan berkadar oleh parti politik yang memenangi pilihan raya, dengan setiap bahagian bergantung kepada peratusan undi yang akan mereka peroleh dalam keputusan pilihan raya.
Setiap parti mesti memenangi sekurang-kurangnya empat peratus daripada jumlah undi sah untuk memperoleh kerusi. Parti atau gabungan parti dengan majoriti kerusi di parlimen akan mencalonkan perdana menteri.
Parlimen berkhidmat untuk tempoh lima tahun.
Pada 11 Mei, pelan tindakan mengenai keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN diterima pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang berlangsung di bandar Labuan Bajo di timur Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Pekerja pilihan raya membantu seorang lelaki berkerusi roda membuang undi di pusat pengundian semasa pilihan raya parlimen di Dili, Timor Timur, 21 Mei 2023. (Foto AP)
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
"Saya rasa amat yakin" selepas mengundi di Florida - Trump
Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
Trump lancar kempen akhir pilihan raya AS
Trump memberitahu penyokongnya bahawa dia adalah satu-satunya calon yang boleh menyelamatkan ekonomi.
Jimmy Carter tunai hasrat mengundi pada usia 100 tahun
Bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi pemilihan presiden pada Rabu.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Rakyat Perancis keluar mengundi pada Ahad
Rakyat Perancis mula menuju ke pusat pengundian pada Ahad untuk memilih Ahli Parlimen baharu.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
Seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu PRK Kuala Kubu Baharu esok.
Pilihan Raya Presiden Rusia bermula hari ini
Lebih 200 pemerhati parlimen dan berpuluh-puluh lagi pakar pilihan raya telah diberikan tauliah melalui Majlis Persekutuan.
Pemilu 2024: Jokowi selesai mengundi di TPS Gambir
Jokowi berkata, ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, jadi beliau mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman.
Rakyat Indonesia pilih Presiden baharu esok
Sebanyak 820,161 TPS di 38 provinsi akan membuka pintu kepada para pengundi selama enam jam bermula 7 pagi sehingga 1 tengah hari.