JAKARTA: Pemilihan kepimpinan baharu Indonesia memasuki fasa penting pada tanggal 14 Feb iaitu esok Rabu, apabila kira-kira 204.8 juta pengundi layak untuk keluar mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.
Sebanyak 820,161 TPS di 38 provinsi akan membuka pintu kepada para pengundi selama enam jam bermula 7 pagi sehingga 1 tengah hari.
'Pesta Demokrasi' di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bakal menentukan pengganti Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.
Calon presiden dan naib presiden bagi tempoh 2024-2028 akan dipilih pengundi serta sejumlah calon anggota Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR), Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD).
Menurut Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, pengundi akan menerima lima kertas undi di TPS.
Meskipun mengakui terdapat masalah dari segi logistik, Pengerusi KPU Hasyim Asy'ari memberi jaminan bahawa semua keperluan akan sampai hingga ke kawasan terpencil mengikut jadual.
Jokowi akan mengundi di Bangunan Lembaga Administrasi Negara, Jalan Veteran No 10, Jakarta Pusat berdasarkan surat undangan daripada Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara KPPS Gambir.
Fokus pastinya terarah pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres), yang melibatkan bekas Gabenor Jakarta Anies Baswedan yang berpasangan dengan Ketua Umum Parti Kebangkitan Bangsa, Muhaimin Iskandar, sebagai calon naib presiden.
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto pula bertanding buat kali ketiga setelah kalah pada 2014 dan 2019 kepada Jokowi dan kini bergandingan dengan anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, sebagai regunya untuk calon naib presiden.
Bekas Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo pula bergandingan dengan Mahfud MD, bekas Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan.
Sekiranya tiada calon mencapai lebih daripada 50 peratus pada pusingan pertama, pusingan kedua dijadualkan pada Jun dengan hanya dua calon yang menerima undian paling popular.
Pada Pemilu kali ini, pengundi muda iaitu generasi Milenium dan Gen Z mewakili 54 peratus daripada jumlah pengundi yang layak seawal usia 17 tahun untuk menunaikan tanggungjawab.
Jumlah pengundi di Jawa paling ramai dan berpengaruh dengan 115.4 juta pengundi dan 454,444 TPS dibuka.
Jawa Barat mempunyai pengundi teramai iaitu 35.7 juta pengundi diikuti Jawa Timur dengan 31.4 juta, Jawa Tengah 28.3 juta, Jakarta 8.25 juta, Banten 8.8 juta dan Yogyakarta dengan 2.9 juta.
Nilam, 21, jurujual di pasar raya di Jakarta Selatan, mahukan calon Pilpres yang memahami aspirasi golongan muda, kerap mendapatkan maklumat mengenai visi dan misi di sosial media.
Nanang, 45, pemandu perkhidmatan pengangkutan, akan meninggalkan ibu negara pada 5 petang hari ini untuk menunaikan tanggungjawab di TPS Cianjur, Jawa Barat.
"Semoga masa depan lebih baik. Anak-anak mendapat akses pendidikan lebih baik, pekerjaan yang berkat dan banyak peluang untuk berniaga," katanya.
Rini, 52, kerani eksekutif di Jakarta Pusat berkata: "Pemilu kali ini saya rasa biasa saja kerana sudah membuat keputusan, tidak seperti di 2019 yang selalu fikir siapa dan akhirnya ikut naluri."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
![Rakyat Indonesia pilih Presiden baharu esok Rakyat Indonesia pilih Presiden baharu esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707821002_TBpilpres.jpg)
'Pesta Demokrasi' di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bakal menentukan pengganti Presiden Joko Widodo yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober. - AP
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732659851_TBPEMILU.jpg)
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
![Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024 Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707966054_PrabowoGibran.jpg)
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
![Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707985424_jokowiindonesia.jpg)
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707708684_newyork.jpg)
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
![Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707656626_Pemilu.jpg)
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
![Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707636567_oncemekel.jpg)
Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
![Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar” Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707546694_AniesBaswedan.jpg)
Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1 Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium bagi menghadiri kempen terakhir pada Sabtu.
![Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707370410_TBDATUKHERMONOj.jpg)
Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab.
![Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024 Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81555487817_Indonesia.jpg)
Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024
Lebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Feb 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).