Tiga wanita warganegara Amerika yang hilang lebih kurang sedekad lalu berjaya dijumpai polis dalam keadaan masih hidup di kawasan kejiranan di pinggir bandar Cleveland, Ohio.

Lelaki berusia 52 tahun juga antara mereka yang ditangkap polis pada penemuan berkenaan.

Polis bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagaimana Amanda Berry, Gina De-Jesus dan Michelle Knight berjaya dijumpai.

Sebaliknya hanya menyatakan mereka didalam keadaan sihat dan kemudian di bawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan disatukan semula dengan sanak saudara.

Polis turut menemui seorang kanak-kanak enam tahun di rumah berkenaan.

Mangsa culik berkenaan hilang ketika mereka berusia di antara 16, 14 dan 20 tahun.

Ketiga-tiga mereka yang diculik secara berasingan dijumpai tidak jauh daripada kawasan asal mereka diculik.

Selain lelaki 52 tahun itu, polis tidak mengeluarkan perincian lanjut terhadap lain-lain yang turut ditangkap dan tuduhan yang bakal dikenakan ke atas mereka.