PANDEMIK Covid-19 terus meragut nyawa di seluruh dunia dengan jumlah kematian hampir 100 ribu orang pada pertengahan April 2020. Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang. Masih terlalu awal untuk meramalkan jumlah kematian di akhir pandemik ini.
Bagaimanapun, ramai ahli ekonomi yakin bahawa kesan ekonomi akibat Covid-19 adalah lebih buruk daripada Krisis Kemurungan Besar (Great Depression) pada tahun 1930-an. Statistik dari Amerika, iaitu pemain yang paling penting dalam ekonomi global, memberikan gambaran yang sangat muram. Hanya dalam tempoh tiga minggu sahaja yang berakhir pada awal April, 16.8 juta rakyat Amerika telah kehilangan pekerjaan. Satu laporan meramalkan bahawa kemungkinan besar di akhir wabak Covid-19 ini, seramai 47 juta pekerja Amerika akan menganggur dan mengakibatkan kadar pengangguran meningkat kepada 32 peratus.
Jerman, negara yang mempunyai saiz ekonomi yang paling besar di Eropah juga sedang mengalami kemelesetan yang teruk. Ekonominya dijangka menguncup hampir 10 peratus dalam tempoh tiga bulan antara April sehingga Jun 2020. Lebih daripada 230,000 orang dijangka kehilangan pekerjaan. Keadaan ini adalah sama di hampir kesemua negara lain dan menyebabkan Oxfam (sebuah pertubuhan kebajikan antarabangsa) mengunjurkan bahawa setengah bilion orang mungkin akan tergolong dalam kategori miskin akibat krisis ini.
Gerakan Islam sudah tentu harus terlibat di dalam aktiviti membantu mereka yang malang ini. Antaranya termasuklah menganjurkan aktiviti kutipan derma untuk disalurkan kepada golongan miskin dan lemah. Namun, aktiviti ini bukanlah satu-satunya aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh gerakan Islam. Gerakan Islam juga harus mampu mengenengahkan solusi berbentuk penyelesaian jangka panjang kepada masalah yang dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia, terutama sekali dari aspek penyelesaian masalah ekonomi dan kewangan.
Antara perkara yang harus ditekankan oleh gerakan Islam ialah betapa sistem ekonomi sedia ada yang berasaskan kepada industri hutang atau Riba telah melipatgandakan kesan buruk ekonomi akibat wabak ini. Perkembangan industri hutang yang dibiarkan berkembang selama ini telah mengakibatkan jumlah hutang global sekarang menjadi lebih daripada USD253 trilion. Jika diterjemahkan ke dalam ringgit, ia adalah lebih daripada RM1 quadrillion, satu istilah yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini. Di negara kita sendiri, jumlah hutang daripada semua sektor (yakni kerajaan, korporat dan isi rumah) ialah hampir RM3.5 trilion.
Keberbahayaan keadaan ini telah ditekankan oleh institusi kewangan antarabangsa IMF pada bulan Oktober 2019, apabila ia menyatakan bahawa keadaan keberhutangan syarikat-syarikat sebanyak USD19 trilion akan menjadi 'bom jangka' (time bomb) sekiranya berlaku kemelesetan global. Ia juga menyatakan bahawa hampir 40 peratus daripada hutang korporat di lapan negara utama iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Sepanyol, adalah mustahil untuk diselesaikan jika terdapat kelembapan ekonomi.
Malangnya apa yang sedang berlaku kini ialah situasi kemelesetan ekonomi, iaitu jauh lebih serius daripada kelembapan ekonomi. Akibatnya banyak segmen masyarakat yang sedang menghadapi suasana kesulitan kewangan yang runcing dan terpaksa meminta bantuan kewangan daripada kerajaan. Namun, akibat daripada sistem Riba yang diamalkan selama ini, hampir kesemua kerajaan di dunia turut menghadapi masalah kewangan. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia sendiri mempunyai beban hutang lebih daripada RM1 trilion sementara hutang kerajaan persekutuan Amerika adalah lebih daripada USD25 trilion atau 111 peratus daripada KDNKnya.
Satu-satunya kumpulan perniagaan atau individu yang tidak memerlukan sebarang bantuan kerajaan adalah mereka yang mempunyai obligasi hutang yang minimum serta penampan kewangan yang cukup untuk membayar perbelanjaan untuk bulan-bulan mendatang. Malangnya, mereka adalah kes pengecualian (exception) dan bukan norma. Satu kajian baru-baru ini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan 71.4 peratus rakyat Malaysia yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang boleh bertahan kurang dari 4 minggu. Yang lebih menyedihkan 43 peratus mempunyai simpanan yang dapat bertahan kurang dari 2 minggu. Hanya 28 peratus menyatakan mereka boleh bertahan selama dua bulan.
Keadaan keberhutangan masyarakat Malaysia juga tenat. Jumlah hutang isi rumah di Malaysia sekarang lebih daripada RM1 trilion. Laporan Pemantauan Ekonomi Bank Dunia menunjukkan bahawa kira-kira 27 peratus isi rumah di Kuala Lumpur yang mendapat gaji minimum bulanan (yang ditentukan oleh Bank Negara iaitu RM2,700 sebulan untuk dewasa tunggal atau RM4,500 untuk pasangan tanpa anak atau RM6,500 ringgit untuk pasangan dengan dua orang anak) cenderung mengambil pinjaman pembiayaan peribadi dan kad kredit untuk bersaing dari aspek gaya hidup. Ini adalah faktor utama kepada kes kebankrapan yang tinggi.
Kajian itu juga mendapati kes muflis yang membabitkan pembiayaan peribadi dan hutang kad kredit telah meningkat sebanyak 104 peratus pada tahun 2018. Apa yang juga membimbangkan adalah fakta bahawa 60 peratus daripada kes kebankrapan adalah membabitkan mereka yang berumur di antara 25 hingga 34 tahun.
Keadaan sedih ini merupakan hasil gabungan beberapa faktor termasuk sikap masyarakat yang sangat suka berbelanja di luar kemampuan. Laporan Bank Dunia menyatakan bahawa Gen Y iaitu generasi yang dilahirkan di antara tahun 1981 hingga 1996, gemar berbelanja di luar kemampuan akibat "suka membeli tanpa berfikir panjang ; mudah mendapat pembiayaan peribadi dan pembiayaan kad kredit ; keinginan untuk mendapat kepuasan segera serta gemar membeli di atas talian" .
Ini jelas menunjukkan bahawa faktor tambahan adalah kesediaan industri Riba atau perbankan untuk menyediakan pinjaman yang membolehkan orang ramai berbelanja di luar kemampuan. Dalam keadaan biasa, perbelanjaan yang lebih ini akan membawa kepada angka pertumbuhan ekonomi yang mengkagumkan. Namun sebenarnya, angka-angka itu memberikan gambaran kesenangan yang palsu dan sangat sementara. Penderitaan yang sedang kita saksikan di kalangan ramai rakyat Malaysia adalah bukti kepada realiti ini.
Pada hakikatnya, jika kita semua berpandukan kepada Al Quran, jalan keluar daripada kemelut kewangan yang sedang dihadapi adalah sangat jelas. Di dalam Surah Al Baqarah, ayat 280, Allah berfirman: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”
Al Quran jelas memberi panduan kepada industri perbankan agar memberi masa kepada peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka. Bahkan sekiranya mungkin, hutang penghutang juga harus diampunkan. Jika industri perbankan dapat melaksanakan cadangan ini, perniagaan akan dapat dipulihkan, pekerja akan mendapatkan kembali pekerjaan mereka dan ekonomi dunia akan kembali normal setelah wabak Covid-19 berakhir nanti.
Malangnya, hakikat sebenar istilah 'pengampunan hutang' tidak wujud dalam perbendaharaan kata industri perbankan. Selain moratarium 6 bulan pembayaran pinjaman seperti yang diarahkan oleh Bank Negara Malaysia, satu-satunya bantuan yang ditawarkan oleh bank perdagangan adalah hanya pinjaman tambahan baru di atas pinjaman sedia ada. Oleh kerana industri perbankan adalah berpunca daripada amalan Riba, realiti pahit yang mesti diterima oleh kita ialah pihak bank tidak akan mampu beramal dengan ajaran Islam yang menggalakkan langkah 'pengampunan hutang'.
Akibatnya, kerajaan di seluruh dunia terpaksa melaksanakan 'pakej rangsangan ekonomi' untuk membantu segmen masyarakat yang sedang dibelit kesengsaraan kewangan. Salah satu ciri utama pakej tersebut ialah kerajaan menyediakan bantuan kewangan langsung kepada kumpulan yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19. Di Malaysia bantuan tersebut berjumlah hampir RM35 bilion. Walau bagaimanapun, sebahagian besar wang itu melibatkan pinjaman kerajaan yang akan menambahkan kepada jumlah hutang kerajaan sedia ada. Dengan kata lain, langkah kerajaan sebenarnya merupakan strategi menangguhkan masalah kepada yang lebih besar di masa akan datang. Yakni pada masa akan datang, rakyat akan terpaksa menyumbang lebih banyak dari segi bayaran cukai tambahan supaya kerajaan boleh membayar balik pinjamannya yang semakin meningkat. Jika ini berbentuk cukai GST, maka yang paling akan berasa keperitannya adalah golongan miskin dan lemah.
Jelas sekali bahawa jalan penyelesaian yang sedang diusahakan oleh pelbagai kerajaan di seluruh dunia bukan sahaja jauh daripada cara Islam yang sebenar kerana masih berpaksi kepada industri Riba dan hutang, bahkan ia juga tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam jangka panjang. Penyelesaian yang kita harapkan ialah di mana generasi masa depan tidak perlu menanggung kesakitan yang kita semua alami sekarang.
Adalah menjadi tanggungjawab gerakan Islam untuk mengambil langkah merombak sistem kewangan sedia ada demi mewujudkan satu sistem baru yang betul-betul berdasarkan kepada keadaan di mana kerajaan dan rakyat bebas daripada belenggu Riba dan hutang. Perbelanjaan yang berlaku di dalam ekonomi, sama ada oleh pihak kerajaan atau rakyat juga sepatutnya adalah berdasarkan garis panduan 'Maqasid Shariah' dan bukan hanya untuk merangsangkan ekonomi semata-mata. Sistem Waqf yang telah menjadi amalan umat Islam sebelum ini juga perlu dihidupkan kembali supaya rakyat benar-benar dapat merasai nikmat kesejahteraan berada di bawah sistem ekonomi Islam.
Namun untuk keadaan itu berlaku, gerakan Islam perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk merombak sistem nilai masyarakat supaya lebih bersifat sederhana dan Qana’ah (berpuas hati dengan rezeki yang diterima). Gerakan Islam juga perlu melakukan usaha dakwah dan tarbiah yang gigih agar masyarakat bukan sahaja menghormati hukum Shariah yang tegas mengharamkan amalan Riba, bahkan juga membuat mereka mempunyai kaedah pengukuran kejayaan yang sebenar iaitu 'ketaqwaan' kepada Allah dan bukannya berdasarkan ukuran material dan ekonomi semata-mata.
Hanya dengan garis panduan dan nilai Islam, masyarakat akan dapat dilindungi daripada tipu daya industri perbankan yang sentiasa akan cuba membuat mereka berbelanja di luar kemampuan. Wawasan masyarakat juga perlu diubah supaya mereka mempunyai kesedaran sebenar tentang tujuan kehidupan mereka di dunia serta peranan mereka sebagai Khalifah Fil Ardh. Persoalannya ialah adakah ahli-ahli gerakan Islam benar-benar sedar tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan manusia daripada sistem Taghut ciptaan manusia ini atau adakah mereka masih dalam keadaan pening-pening lalat sambil berperang sesama sendiri akibat pukulan ombak politik jangka pendek?
* Prof Mohd Nazari Ismail bertugas di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sat Apr 11 2020
Statistik dari Amerika, iaitu pemain yang paling penting dalam ekonomi global, memberikan gambaran yang sangat muram. - Gambar fail/AP
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.