Tiga remaja Israel yang didakwa diculik di Tebing Barat ditemui mati.

Menurut jurucakap tentera Israel, mayat ketiga-tiga remaja berkenaan ditemui di bandar Halhul, Utara Hebron.

Naftali Frenkel, Gilad Shaar dan Eyal Yifrach dilaporkan kali terakhir dilihat di satu persimpangan berhampiran Hebron.

Kehilangan mereka mendapat tumpuan kerana Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa mereka diculik pergerakan Hamas.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan pergerakan terbabit.



Netanyahu berikrar mahu membalas dendam terhadap insiden itu dan menjadikan Hamas sebagai sasaran.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu, sebarang tindakan Israel disifatkan satu ancaman besar kepada pegerakan itu.