ISTANBUL: Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata tidak ada mana-mana kawasan di Ukraine akan ditinggalkan, meskipun kepemimpinan tentera memutuskan untuk memperkuat kedudukan pertahanan di bandar Bakhmut di wilayah Donetsk.

"Tiada kawasan di Ukraine yang akan ditinggalkan. Tidak akan ada perjuangan oleh pahlawan kita yang akan diabaikan.

"Kami akan terus mempertahankan setiap kawasan di Ukraine. Apabila tiba masanya, kita akan membebaskan setiap bandar dan kampung. Dan memastikan penjajah memikul tanggungjawab ke atas setiap tindakan yang dikenakan ke atas rakyat Ukraine," kata Zelenskyy dalam mesyuarat bersama pegawai tinggi tentera pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Bakhmut berperanan sebagai hab pengangkutan utama di timur Ukraine dan satu daripada kawasan panas yang menjadi tumpuan oleh anggota tentera Kyiv dan Moscow.

-- BERNAMA