TIADA dokumen sulit ditemui di kediaman tepi pantai Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ketika pencarian dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Rabu.
Menurut kenyataan dikeluarkan peguamnya, pencarian di Rehoboth, Delaware itu dilakukan dengan "kerjasama penuh" presiden.
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.
Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan pihak FBI dan pencarian itu dilakukan secara suka rela.
Peguan Biden, Bob Bauer berkata, pencarian berkenaan dilakukan "tanpa pemberitahuan awam" atas faktor "keselamatan operasi dan integriti".
Susulan pencarian, Bauer berkata, "tiada dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit ditemui".
Beberapa "nota yang Biden tulis dengan tangan" bertarikh semasa beliau memegang jawatan Naib Presiden antara tahun 2009 dan 2017 diambil untuk siasatan lanjut, kata Bauer memetik laporan BBC.
Pencarian pada Rabu merupakan yang terbaharu dalam beberapa siri siasatan selepas dokumen sulit ditemui di Pusat Penn Biden di Washington DC pada November lepas.
Penemuan itu tidak didedahkan pada umum ketika itu.
Beberapa dokumen sulit lain kemudian ditemui di salah satu kediaman Biden di Wilmington, Delaware dalam pencarian yang dilakukan pada Disember dan Januari lepas.
Jumlah sebenar dokumen sulit yang ditemui tidak didedahkan namun difahamkan puluhan dokumen itu ditemui dalam pencarian pada Januari lepas sahaja.
Biden berkata, pasukannya lakukan "apa yang mereka patut lakukan" dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan "memberi kerjasama penuh" ketika siasatan dijalankan.
Astro Awani
Wed Feb 01 2023

Pencarian pada Rabu merupakan yang terbaharu dalam beberapa siri siasatan selepas dokumen sulit ditemui di Pusat Penn Biden di Washington DC pada November lepas. - Foto fail/REUTERS

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Trump rancang pecat peguam penyiasat berkaitan rusuhan di Capitol, dokumen sulit
Trump turut bercadang memecat peguam kerajaan berpengalaman yang biasanya dilindungi daripada tindak balas politik.

Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.

Bocor dokumen sulit kerajaan: Pengasas WikiLeaks Julian Assange dibebaskan dalam perjanjian dengan AS
Pengakuan bersalah yang dibuat pengasas WikiLeaks itu akan membolehkannya mengelak daripada dipenjarakan di Amerika.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Junta tentera Myanmar benar rakyat 'setia' bawa senjata
Ia didedahkan laporan media tempatan, berdasarkan dokumen sulit Kementerian Dalam Negeri yang bocor.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

DOJ jumpa 6 lagi dokumen sulit di rumah Joe Biden
Beberapa dokumen sulit dikesan bertarikh bermula dari tempoh Biden di Senat di mana beliau mewakili Delaware dari 1973 hingga 2009.

Peguam Negara AS lantik peguam khas siasat urusan dokumen sulit Biden
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Merrick Garland pada Khamis mengumumkan pelantikan peguam khas untuk menyiasat urusan berkaitan hal dokumen sulit Presiden Joe Biden.

Satu lagi set dokumen sulit Biden ditemukan
Satu lagi set dokumen sulit ketika Presiden Joe Biden menyandang jawatan sebagai naib presiden Amerika Syarikat (AS) ditemukan di lokasi berbeza daripada lokasi set dokumen pertama.

Biden 'terkejut' dokumen sulit dijumpai di pejabatnya
Beliau berkata peguamnya sedang mengosongkan pejabatnya dan menemui beberapa dokumen dalam kotak di dalam kabinet berkunci.