BANGKOK: Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) merancang untuk melancarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan untuk menarik rakyat Malaysia melancong di luar Bangkok dan Hatyai dengan tumpuan kepada tawaran pelancongan baharu yang menarik di kawasan tengah, utara dan timur laut.
Gabenor TAT Thapanee Kiatphaibool berkata warga Malaysia mendahului senarai pelancong yang melawat Thailand dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong pada 2023.
Beliau berkata data perjalanan menunjukkan bahawa pelancong Malaysia mencari lebih banyak aktiviti pelancongan yang berbeza sambil menghabiskan lebih banyak masa di Thailand.
"Tahun lalu, Thailand menyambut ketibaan ramai rakyat Malaysia, ada yang menyeberangi sempadan, menaiki penerbangan secara terus, bersama gelombang pelancong Malaysia yang baru menerokai Thailand.
"Data menunjukkan pengembara Malaysia sedang meluaskan destinasi jarak dekat mereka seperti Hatyai dan meneruskan pengembaraan untuk meneroka kawasan di utara, timur laut dan tengah Thailand. Ini adalah isyarat positif untuk industri pelancongan Thailand.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong Malaysia pada tahun 2024 untuk mengenali Thailand," katanya kepada Bernama.
Thapanee berkata TAT akan melancarkan lebih banyak produk dan aktiviti pelancongan di wilayah lain untuk menarik pelancong jarak dekat, terutamanya di Malaysia dan negara-negara ASEAN lain pada tahun ini.
Menurut kajian pelancongan baru-baru ini meliputi suku pertama hingga ketiga 2023, purata tempoh penginapan bagi pelancong di Thailand ialah 3.43 hari dengan purata perbelanjaan setiap perjalanan mencecah 16,588 baht.
Pada tahun 2023, Thailand yang dikenali sebagai 'The Land of Smiles,' menyambut seramai 28 juta pelawat antarabangsa. Kemasukan itu meningkatkan pendapatan pelancongan dengan ketara berjumlah 1.2 trilion baht (kira-kira US$35.02 bilion).
Lima negara teratas yang melawat Thailand ialah rakyat Malaysia (4.56 juta), China (3.51 juta), Korea Selatan (1.65 juta), India (1.62 juta) dan Rusia (1.48 juta).
Thailand menjangkakan untuk menerima 35 juta pelawat pada tahun 2024 - kurang daripada rekod 39.8 juta ketibaan dan 1.91 trilion baht dalam hasil yang dijananya pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Thailand menjangkakan untuk menerima 35 juta pelawat pada tahun 2024 - kurang daripada rekod 39.8 juta ketibaan dan 1.91 trilion baht dalam hasil yang dijananya pada 2019. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.