Pasukan keselamatan di selatan Thailand diarah memperhebatkan siasatan berhubung rampasan 41 bom buatan sendiri dari sebuah trak pikap di Narathiwat semalam, dengan pegawai polis di wilayah bergolak itu mendakwa peranti peledak yang diubah suai itu dihasilkan di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Jeneral Prawit Wongsuwan mahu pihak berkuasa mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dengan bom yang dirampas itu.
"Mereka (pihak berkuasa) perlu cari siapa yang bertanggungjawab membawa bom itu. Mereka perlu menyiasat lagi ," katanya kepada media hari ini, sambil memberitahu bahawa pegawai berkenaan juga diminta memburu dan menangkap seorang suspek yang dapat melarikan diri ke hutan berdekatan.
Kenyataannya dibuat ketika pasukan keselamatan Thailand di wilayah selatan meningkatkan lagi pengawasan susulan rampasan bom buatan sendiri itu.
Sementara itu, Ketua Polis Narathiwat Mejar Jeneral Manas Sikamat dipetik sebagai berkata kepada media tempatan bahawa bom buatan sendiri itu dihasilkan di negara jiran, Malaysia, dengan ia disasarkan kepada para pegawai keselamatan.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya tentang asal-usul bom tersebut, walaupun pegawai Thailand yang tidak dikenali dipetik media tempatan sebagai mendakwa bahawa paip PVC, yang digunakan bagi menghasilkan bom buatan sendiri itu, tidak terdapat di Thailand.
Pegawai yang melakukan pemeriksaan di Kampung Saring, Takbai di Narathiwat pada 11.45 pagi semalam telah menghentikan sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun, yang kemudiannya ditahan.
Trak itu dipandu dari Sungai Golok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia dalam daerah Ranget di Narathiwat.
Setelah pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas trak itu, para pegawai menemukan 41 bom buatan sendiri yang disembunyikan di bawah selimut tebal di belakang kenderaan itu bersama-sama dengan peralatan lain termasuk alat penentu masa dan komunikasi, yang disyaki digunakan untuk meletupkan bahan peledak itu.
Menurut pegawai-pegawai bahagian Letupan, Ordinan dan Pelupusan (EOD) yang berada di tempat kejadian, bom buatan sendiri itu boleh digunakan pada bila-bila masa.
Pertubuhan bukan kerajaan, Deep South Watch (DSW), pula menyatakan bahawa konflik selatan Thailand di antara pasukan keselamatan pemerintah dan kumpulan bersenjata telah mengorbankan 7.000 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018
Polis Thailand menahan sebuah trak pikap pada satu sekatan jalanraya di Takbai dan menemui 41 butir bom buatan sendiri. - Foto BERNAMA
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.