BANGKOK: Bangkok akan melonggarkan sekatan COVID-19 bermula Isnin sementara pulau peranginan Phuket bakal menyambut kedatangan pelawat asing yang sudah divaksinasi dari negara berisiko rendah mulai 1 Julai.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata keputusan itu diambil selepas pertimbangan sewajarnya dibuat memandangkan wabak di Bangkok 'terkawal' manakala 70 peratus penduduk tempatan di Phuket, terutama yang terbabit dalam sektor pelancongan sudah menerima vaksin masing-masing.
Prayuth menerusi Facebooknya berkata lima jenis perniagaan di Bangkok dan tempat-tempat seperti muzium, taman awam, klinik dan salun kecantikan dan pusat urut (hanya untuk urutan kaki) akan dibuka semula.
Namun, menurutnya tempat-tempat berkenaan akan ditutup semula jika didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Pada 31 Mei, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengumumkan muzium, pusat pembelajaran, taman sains, galeri seni dan tempat bersejarah, salun tatu, kuku dan klinik kecantikan/pelangsingan, taman botani dan bunga bakal dibuka mulai 1 Jun. Namun, Prayuth berkata beliau memerlukan tempoh dua minggu untuk menilai keadaan.
Mengenai Phuket, ujar Prayuth di bawah program "Phuket Sandbox" pelancong asing yang telah divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, tetapi perlu berada di pulau itu selama 14 hari sebelum melakukan perjalanan ke wilayah lain.
"Phuket Sandbox" berfungsi sebagai model untuk destinasi pelancongan di wilayah lain termasuk Chiang Mai, Chon Buri (Pattaya), Krabi, Phang Nga dan Surat Thani (Koh Samui) yang dijangka dibuka bermula Oktober.
Bagaimanapun, pelan itu perlu mendapat kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan kabinet terlebih dahulu yang masing-masing akan bermesyuarat pada 18 dan 22 Jun.
Sebelum Phuket memutuskan untuk membuka semula pusat peranginan itu kepada pelawat asing, ramai dalam kalangan mereka membantah syarat menginap 14 hari sebelum mereka dibenarkan ke wilayah lain.
Menteri Pelancongan dan Sukan Pipat Ratchakitprakarn berkata lebih 50 peratus daripada 29,700 warga asing yang merancang untuk mengunjungi pulau itu telah membatalkan hasrat mereka selepas kerajaan mengenakan syarat berkenaan.
Katanya, kementerian memohon tempoh sebulan untuk menilai pelaksanaannya, jika tiada jangkitan dilaporkan sepanjang tempoh itu, pihaknya akan mencadangkan syarat berkenaan dikurangkan kepada tujuh hari bermula di Phuket sebelum diperluaskan ke wilayah lain.
Sementara itu, sejak 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 2,804 kes baharu COVID-19 termasuk 924 di Bangkok dan 18 kematian.
Setakat ini, Thailand mencatatkan sejumlah 195,909 kes dan korban seramai 1,449 orang.
Dalam satu kenyataan, CCSA berkata kes baharu melibatkan 2,743 penularan tempatan termasuk 767 melalui pengesanan kes aktif dan 409 banduan manakala 61 kes import.
Kes kematian pula melibatkan 11 wanita dan tujuh lelaki berusia antara 47 dan 86 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Phuket bakal menyambut kedatangan pelawat asing yang sudah divaksinasi dari negara berisiko rendah mulai 1 Julai. - Gambar hiasan/pixabay
Sivakumar nafi terlibat dengan penemuan RM94 juta
Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa seorang ahli Parlimen pembangkang.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
Pengasuh didakwa cuai hingga sebabkan kecederaan kanak-kanak setahun
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Pilihan Raya AS 2024: Dunia berdebar menanti saat Amerika menuju ke pusat mengundi
Dengan hanya beberapa jam sebelum rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi, tumpuan dunia termasuk di Malaysia.
Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini - Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.
Kemuka senarai asnaf tidak layak, pengerusi masjid direman 6 hari
Seorang pengerusi masjid ditahan reman SPRM kerana dipercayai memberikan maklumat asnaf berstatus miskin kepada sebuah badan kebajikan.
Memahami Perbelanjaan Kehidupan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar
Dalam video ini, kami akan membincangkan topik penting mengenai perbelanjaan kehidupan wajar di Malaysia bersama Mohammad Abdul Hamid, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi di IKRAM dan Pensyarah Ekonomi Tingkah Laku di UM. Kami akan menyentuh isu-isu seperti kesedaran awam dan ketelusan dalam metodologi DOSM, kesaksamaan sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, serta bagaimana data ini boleh memandu dasar dan intervensi kerajaan. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana penanda aras seperti PAKW ditentukan dan peranannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.
Petrol bersubsidi Malaysia masih dijual berleluasa di Thailand
Kegiatan menjual petrol bersubsidi yang dipercayai diseludup dari Malaysia masih berleluasa di sekitar pekan Danok dan bandar Sadao, meskipun dikatakan tidak 'serancak' sebelum ini.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Lelaki warga Malaysia yang hilang, sah telah tinggalkan Thailand, ibu mahu jawapan
Tan, yang kali terakhir bercakap dengan anaknya pada 5 Sept, berkata anaknya telah menghubunginya, meminta bantuan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Insiden Tak Bai: Lapan lagi bekas anggota keselamatan Thai didakwa
Pihak berkuasa Thailand akan mendakwa lapan lagi bekas anggota keselamatan berhubung peranan mereka dalam insiden Tak Bai, 20 tahun lalu.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.