BANGKOK: Thailand akan melancarkan ujian klinikal ke atas manusia untuk vaksin COVID-19 buatan tempatan pada bulan ini selepas kajian praklinikal menunjukkan keputusan memberangsangkan.
Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata vaksin COVID-19 RNA (mRNA) dinamakan ChulaCov19, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn telah berjaya dalam percubaan ke atas tikus dan monyet.
"Vaksin ini akan memasuki tahap pertama percubaan klinikal ke atas manusia bulan ini dan jika berhasil, ia akan dikeluarkan secara besar-besaran dalam tahun depan.
"Ini adalah sebahagian rancangan untuk menyediakan lebih banyak bekalan vaksin domestik yang selamat untuk negara ini," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Selasa.
Vaksin Pfizer dan Moderna COVID-19 dibuat menggunakan mRNA yang terbukti sangat berkesan terhadap COVID-19.
Dalam satu temu bual dengan Nature, jurnal sains antarabangsa, Pengarah Pusat Penyelidikan Vaksin Chula Dr. Kiat Ruxrungtham berkata percubaan fasa pertama akan melibatkan kira-kira 100 orang untuk mengetahui sama ada dos yang diberi sesuai untuk menghasilkan tindak balas imun.
"Kami merancang untuk memulakan ujian klinikal fasa I ke atas manusia pada Jun, dan sudah membangunkan vaksin generasi berikutnya terhadap varian virus B.1.351 dan B.1.1.7.
"Kami juga memantau rapat B.1.617, yang pertama kali muncul di India. Kami gembira usaha itu berhasil setakat ini, tetapi memerlukan lebih dari setahun untuk menjalankan ujian klinikal manusia - ketinggalan hampir setahun di belakang syarikat farmaseutikal utama dunia," katanya dalam wawancara diterbitkan di www.nature.com.
Mengenai keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembukaan semula perniagaan dan tempat tumpuan di Bangkok, Natapanu berkata Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) telah memutuskan langkah-langkah kawalan yang dikenakan di Bangkok akan dilanjutkan 14 hari lagi hingga 14 Jun berikutan jumlah jangkitan masih tinggi di bandar raya itu.
"Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha sebagai pengerusi CCSA mengarahkan pekerja perniagaan yang ditutup di bawah sekatan harus diutamakan dalam kempen vaksinasi Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA). Ini membolehkan mereka kembali beroperasi secepat mungkin," katanya.
Semalam, BMA mengumumkan akan melonggarkan sekatan COVID-19 yang membenarkan perniagaan dan tempat tumpuan termasuk taman, pusat urut, klinik kecantikan dibuka semula mulai 1 Jun.
Namun, beberapa jam kemudian, BMA berkata CCSA menolak keputusannya.
Sementara itu, Thailand mencatatkan 2,230 kes baharu COVID-19 dan 38 kematian, pada Selasa, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 162,022 dan 1,069 korban setakat ini.
Jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata daripada kes baharu itu, 2,209 adalah jangkitan tempatan termasuk 806 pengesanan kes aktif dan 21 kes import.
Katanya, kematian baharu melibatkan 19 lelaki dan 19 wanita berusia antara 46 hingga 88 tahun termasuk 22 di Bangkok, tiga di Nakhon Pathom, masing-masing dua di Samut Prakan, Suphan Buri dan Kalasin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
ChulaCov19, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn telah berjaya dalam percubaan ke atas tikus dan monyet. - Gambar hiasan
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.