BANGKOK:Thailand melancarkan kempen mencari jodoh selepas kadar kelahiran merosot ke tahap paling rendah iaitu 1.51 anak bagi setiap wanita pada tahun lepas, jauh lebih rendah berbanding penggantian populasi pada kadar 2.1 kelahiran bagi setiap wanita.
Biro Kesihatan Reproduktif Thailand akan berperanan sebagai dewa asmara dengan mengadakan perhimpunan mencari jodoh untuk mereka yang masih bujang bertemu cinta sejati.
Inisiatif terkini iaitu 'Marriage for Building Nation' akan berlangsung pada 14 Mei. Rakyat Thailand mahu pun warga asing dipelawa mendaftar dan pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Mac.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti itu boleh didapati di https://www.wiwahproject.com/RPH/Register.aspx
Inisiatif itu adalah bagi menggalakkan kadar kelahiran di Thailand dan menangani masalah populasi menua yang begitu pantas berlaku.
Sementara itu, data menunjukkan Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) Thailand merosot kepada 1.51 anak bagi setiap kelahiran atau di bawah 600,000 bayi baharu lahir pada 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perubatan Reproduktif di Kolej Diraja Thailand bagi Obstetrik dan Ginekologi Profesor Kamthorn Pruksananonda berkata kadar kelahiran di negara itu pada tahun lepas ialah 5.1 serta telah merosot secara mendadak kepada 1.5.
"Kadar ini dijangka terus menurun kepada 1.3 dalam tempoh kurang sedekad," katanya.
Kamthorn juga berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar kelahiran rendah di negara itu termasuk mendapatkan konsultasi ketidaksuburan pada umur purata 38 tahun yang dianggap sudah terlewat.
"Pada usia tersebut, peluang seorang wanita untuk melahirkan seorang bayi dengan sindrom Down adalah tinggi," katanya.
Merujuk contoh, beliau berkata di Jepun dan Eropah, umur purata wanita yang mendapatkan nasihat perubatan bagi masalah ketidaksuburan ialah 32 tahun.
Bagi meningkatkan kadar kelahiran di negara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Sathit Pitutecha berkata kerajaan akan menyediakan bantuan kesuburan selain menawarkan faedah lain kepada pasangan yang ingin memiliki bayi.
"Kami perlu memiliki sekurang-kurangnya 1.5 kelahiran bagi setiap wanita untuk menggantikan populasi, jika tidak akan wujud populasi menua yang besar pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Biro Kesihatan Reproduktif Thailand akan berperanan sebagai dewa asmara dengan mengadakan perhimpunan mencari jodoh untuk mereka yang masih bujang bertemu cinta sejati. - Foto REUTERS
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.