BANGKOK: Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept.
Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS untuk mengelakkan kecederaan.
Di bawah pindaan undang-undang itu, membenarkan penggunaan CRS berharga antara 600 hingga 700 baht berbanding CRS yang harganya melebihi 10,000 baht setiap satu.
Selain itu, Thailand akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar untuk pemandu dan semua penumpang depan dan belakang.
Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda maksimum 2,000 baht.
Bagaimanapun, pemandu, penumpang dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan daripada penggunaan tali pinggang keledar, tetapi mesti mengambil langkah alternatif untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan.
Pindaan itu diterbitkan dalam Warta Diraja dan berkuat kuasa pada 5 Sept.
Sementara itu, Pengerusi Rangkaian Serantau Asia-Pasifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, Nikorn Chamnog menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran dan panduan mengenai penggunaan CRS.
Nikorn berkata Thailand mengkaji penggunaan CRS di Malaysia dan Filipina.
"Fasa awal pelaksanaan mungkin sukar kerana harga CRS yang mahal. Ia mungkin ambil sedikit masa," katanya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan menurunkan cukai import CRS dan mempromosikan produk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
![Thailand kuat kuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai September Thailand kuat kuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81436663537_BABYCARSEAT.jpg)
Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept. - Gambar hiasan
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Thailand kuat kuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai September Thailand kuat kuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81436663537_BABYCARSEAT.jpg)
Thailand kuat kuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai September
Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kana-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept.
![Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81493253752_carseat.jpg)
Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke
Kerajaan mewajibkan penggunaan CRS dalam kereta bermula 1 Januari tahun depan.
![Kedah akan kemuka usul pemasangan 'child seat' Kedah akan kemuka usul pemasangan 'child seat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436663537_BABYCARSEAT.jpg)
Kedah akan kemuka usul pemasangan 'child seat'
Kerajaan Kedah akan mengemukakan usul kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan pemasangan 'child seat' dalam kenderaan.