Kerajaan Kedah akan mengemukakan usul kepada kerajaan Persekutuan berkaitan pemasangan 'child seat' atau kerusi khas kanak-kanak dalam kenderaan, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya berhubung perkara berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan negeri, Azman Nasrudin, berkata beliau melihat tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemasangan 'child seat' masih rendah dan ia boleh mengundang risiko kecederaan atau kematian apabila berlaku kemalangan.
"Kita akan cuba usulkan cadangan yang boleh dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, antaranya perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan pengeluar kerusi kanak-kanak ini agar harganya dijual pada tahap mampu milik tanpa mengabaikan aspek kualiti.
"Keduanya, aspek kempen kesedaran perlu diperbanyak dan dipelbagaikan agar masyarakat mendapat informasi mengenai cara pemasangan 'child seat' yang betul," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Kedah 2018 di Plaza Tol Plus Sungai Petani (Selatan), di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Shariff serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi lain yang berkaitan.
Sementara itu, Pei Hong berkata masih ramai ibu bapa yang tidak mengetahui cara pemasangan kerusi khas kanak-kanak itu dengan betul, sehingga mengundang kecederaan atau kematian terhadap bayi atau kanak-kanak.
"Pemasangan kerusi kanak-kanak ini digalakkan untuk bayi atau kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah, dan pemasangan 'child booster seat' bagi kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun.
"Namun pemasangan yang salah boleh menyebabkan mereka tersepit dengan beg udara atau tercampak, seterusnya mengakibatkan anggota badan patah atau cedera.
"Sedikit hentakan khususnya membabitkan bahagian kepala, boleh membawa maut apabila pemandu menekan brek kecemasan, walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan 20 atau 30 kilometer/jam," katanya.
Dalam pada itu, kempen bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ itu diharap akan dapat memupuk dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk mengutamakan keselamatan khususnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pada majlis sama, 50 topi keledar baharu ditukarkan dengan topi keledar milik penunggang motosikal, yang tidak mematuhi piawaian keselamatan, selain pengagihan sejumlah 300 beg cenderahati kepada pengguna jalan raya. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 10 2018
![Kedah akan kemuka usul pemasangan 'child seat' Kedah akan kemuka usul pemasangan 'child seat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436663537_BABYCARSEAT.jpg)
Pemasangan kerusi kanak-kanak digalakkan untuk bayi atau kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kedah sasar kadar kemalangan maut turun bawah 40 peratus tahun ini Kedah sasar kadar kemalangan maut turun bawah 40 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674181473_AzmanNasrudin.jpg)
Kedah sasar kadar kemalangan maut turun bawah 40 peratus tahun ini
Tujuh strategi penguatkuasaan akan dilaksanakan pada musim perayaan khususnya Tahun Baharu Cina ini.
![Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670472901_PadangSeraiDunTioman.jpg)
Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN
DUN Johor hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Azman Nasrudin dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain atas kemenangan masing-masing.
![Pasca PRU15: Azman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai Pasca PRU15: Azman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670463416_DatukAzmanNasrudin.jpg)
Pasca PRU15: Azman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai
Azman berkata beliau beraspirasi bersama wakil rakyat lain untuk menjadi pembangkang berwibawa dan memantau Kerajaan Perpaduan.
![PRU15 Padang Serai: Lebih baik calon BN, PH tarik diri - Calon PN PRU15 Padang Serai: Lebih baik calon BN, PH tarik diri - Calon PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669885220_AzmanNasrudin.jpg)
PRU15 Padang Serai: Lebih baik calon BN, PH tarik diri - Calon PN
Azman Nasrudin memberi saranan agar calon PH dan BN menarik diri daripada bertanding pada PRU15 Parlimen Padang Serai 7 Disember depan.
![Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan 'kerajaan zina' Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan 'kerajaan zina'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669716876_AzmanNasrudin.jpg)
Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan 'kerajaan zina'
Azman Nasrudin berkata keterangan itu dibuat di Balai Polis Kulim Hi-Tech, pada 12 tengah malam tadi.
![Kedah pandang serius perbuatan khianat terhadap ikan Kedah pandang serius perbuatan khianat terhadap ikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648158171_TBkhianat.jpg)
Kedah pandang serius perbuatan khianat terhadap ikan
Antara kaedah penangkapan ikan yang dilarang ialah penggunaan arus atau renjatan elektrik, bom ikan, menuba ikan atau menggunakan racun dan kaedah menembak ikan.
![Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631272248_LANGKAWIferi.jpg)
Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.
![Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589261120_FBREAKinsertname.jpg)
Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu
Azman menjangkakan sekitar 10,000 ahli Penggerak Komuniti Negara di Kedah akan turut menyertai Bersatu dalam masa terdekat termasuk dalam kalangan kaum Cina dan India.
![19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz 19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589280851_KetuaPembangkangDe.jpg)
19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti tengah hari tadi iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).
![Kerajaan PH Kedah tumbang? Kerajaan PH Kedah tumbang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589261120_FBREAKinsertname.jpg)
Kerajaan PH Kedah tumbang?
Kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.