BANGKOK: Jasad mangsa yang terkorban dalam kejadian amuk di sebuah pusat asuhan kanak-kanak selamat disemadikan pada Selasa.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan kuil tempat upacara pembakaran dijalankan apabila ahli keluarga dan saudara mara memberikan penghormatan terakhir selepas tempoh berkabung selama tiga hari berakhir Selasa.
Sembilan belas daripada mangsa kebanyakannya kanak-kanak disemadikan menerusi upacara pembakaran di Kuil Rat Samakee, Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.
Upacara pembakaran yang dibiayai kerajaan itu turut dihadiri Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan menteri Kabinet.
Pada Isnin, penduduk kampung dan sukarelawan bekerjasama untuk membina tempat khas (untuk tujuan pembakaran) di pekarangan Kuil Rat Samkee.
Sami Kuil Rat Samakee, Phra Kru Adisal Kijjanuwat berkata upacara pembakaran dibuat secara terbuka menggunakan arang bertujuan memendekkan proses pembakaran.
Sementara itu, mangsa lain menjalani upacara pembakaran di Kuil Si Uthai dan Thepmongkulpichai pada Selasa.
Khamis lalu, seorang anggota polis yang dipecat membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 kilometer timur laut Bangkok.
Lelaki berusia 34 tahun itu membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas makan tengah hari, di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.
Dia yang kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, pulang ke rumah lalu membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum maut menembak dirinya sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Sembilan belas daripada mangsa disemadikan menerusi upacara pembakaran di Kuil Rat Samakee, Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu pada Selasa. - Foto REUTERS
Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Johari berkata ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Thailand: Jasad mangsa tragedi pusat asuhan kanak-kanak selamat disemadikan
Ahli keluarga dan saudara mara memberikan penghormatan terakhir selepas tempoh berkabung selama tiga hari berakhir Selasa.