Bekas pemimpin kanan kumpulan pemisah, Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Ismail Ternang, dibebaskan dari penjara setelah mendapat pengampunan diraja sempena sambutan Aidilfitri pada Jumaat.
Ismail, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Yala, dibebaskan oleh pihak berkuasa Thailand setelah mendapat pengampunan daripada Raja Bhumibol Adulyadej.
"Langkah itu dilihat sebagai antara usaha mencari kedamaian di selatan Thailand yang masih bergolak dengan keganasan, menurut sumber PULO.
Banyak sahabat dan ahli keluarga menyambut kepulangan Ismail di Kampong Thanam, Panaret, Pattani, pada Jumaat, kata sumber itu.
Walaupun keadaan di wilayah selatan Thailand masih bergolak ketibaan 1 Syawal hari ini disambut dengan penuh kesyukuran.
Di Masjid Jamek wilayah Pattani, lebih 5,000 umat Islam dari sekitar bandar Pattani dan kawasan berhampiran membanjir masjid itu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Imam masjid tersebut, Abdul Razak Mansoh berkata selain aktiviti solat sunat Aidilfitri, jamuan bagi anak yatim, fakir miskin dan jemaah turut diadakan oleh pihak jawatankuasa masjid.
Dalam pada itu, menurut laporan akhbar Bangkok Post pada 25 Jun lepas, rundingan sulit antara kerajaan Thailand dan enam kumpulan pemisah telah mencapai sedikit kemajuan untuk penyelesaian berkekalan di wilayah selatan negara itu.
Laporan itu memetik setiausaha delegasi kerajaan, Mejar-Jeneral Nakrob Boonbuathong sebagai berkata enam kumpulan tersebut ialah Barisan Revolusi Nasional (BRN), tiga puak daripada PULO, Barisan Islam Pembebasan Patan (BIPP) dan Gerakan Mujahidin Patani (GMP).
Bernama
Fri Jul 17 2015
Banyak sahabat dan ahli keluarga menyambut kepulangan Ismail di Kampong Thanam, Panaret, Pattani, pada Jumaat
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Bekas pemimpin PULO masih ditahan di Malaysia
Ismail Thanam atau lebih dikenali sebagai 'Ismail Ternang', bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO) masih ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Thailand bebaskan pemimpin kanan PULO
Ismail, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Yala, dibebaskan oleh pihak berkuasa Thailand setelah mendapat pengampunan daripada Raja Bhumibol Adulyadej.