Polis Diraja Thailand dan Biro Imigresen telah diarahkan untuk memulakan proses ekstradisi 10 suspek yang menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan berkata Thailand akan mengekstradisi suspek-suspek itu ke Malaysia jika tiada halangan undang-undang untuk berbuat demikian.
"Jika kami dapat mengekstradisi, maka kami akan mengekstradisi mereka," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan rakan sejawatan beliau dari Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai persetujuan Thailand untuk mengekstradisi 10 suspek tersebut.
Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan, ditemui media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid berkata, Bangkok bersetuju terhadap permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 suspek, dipercayai perancang kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.
Beliau memberitahu demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Prawit, yang dalam lawatan sehari ke Malaysia.
Perjanjian untuk mengekstradisi 10 suspek yang mendalangi sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia tidak ada kaitan dengan mana-mana perjanjian pertukaran tahanan dengan negara tersebut, kata Prawit.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Thailand pada 26 Ogos, Kes Pemerdagangan Migran Rohingya membabitkan 103 defendan, terdiri daripada anggota eksekutif dan majlis tempatan, pegawai kerajaan dan polis, anggota tentera dan seorang jururawat.
Perbicaraan kes itu dijadual pada 6 Sept di Mahkamah Jenayah.
Bernama
Tue Aug 30 2016

PRAWIT: Thailand akan mengekstradisi suspek-suspek itu ke Malaysia jika tiada halangan undang-undang untuk berbuat demikian.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.

Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor
Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak kanak, termasuk rogol pada Jumaat.

Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.

Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.

Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".