Syarikat penerbangan Thai Airways International telah bersetuju untuk membayar balik penumpang yang dikenakan bayaran tambahan kerana mempunyai nama yang panjang.
Dalam masa yang sama syarikat penerbangan itu akan menambah arahan yang lebih jelas di platform tempahan internetnya selepas menerima aduan mengenainya di media sosial minggu ini.
Lapor Bangkok Post, salah seorang pelanggan memuat naik aduannya di Pantip.com pada Rabu bahawa dia telah dikenakan bayaran 3,000 baht (RM372) di kaunter daftar masuk penerbangan itu kerana nama dalam tiket yang dibeli secara dalam talian untuk keluarganya tidak konsisten dengan yang tertera di dalam pasport mereka.
Bayaran berkenaan dikenakan adalah bagi menukar nama di tiket penerbangan.
Pelanggan berkenaan berkata bahawa ketika dia menempah tiket dalam talian, sistem itu menghalangnya daripada menaip nama-nama keluarganya secara penuh.
Dia cuba memendekkan nama mereka dan akhirnya dapat membeli tiket. Bagaimanapun, dia menghadapi masalah ketika di lapangan terbang.
Di sana, dia diberitahu oleh kakitangan penerbangan itu bahawa dia perlu membayar bagi menukar nama-nama di dalam tiket atau membeli yang baru, mungkin pada harga yang berbeza.
Pada Jumaat, penerbangan itu mengakui bahawa masalah pelanggan yang dihadapi berpunca daripada had bilangan aksara yang dibenarkan dalam sistem tempahan internetnya.
"Kami memohon maaf atas kesulitan kerana sistem tempahan internet membolehkan sehingga 25 aksara setiap nama ketika menempah tiket," tulis kenyataan itu.
Thai Airways akan membayar ganti rugi kepada pelanggan tersebut dan menaik taraf sistem tempahan internetnya.
Azyyati Ahmad
Sun May 06 2018
Thai Airways berjanji akan mengemas kini sistem tempahan dalam taliannya. - Reuters
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.
Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.
COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.
Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.