Tentera Syria mengesahkan Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayahnya.

Pasukan keselamatan republik Islam itu berkata, serangan mensasarkan pusat kajian tentera di barat laut Damsyik yang menyebabkan dua maut dan lima cedera.

Bagaimanapun, terdapat beberapa laporan bercanggah.

Tentera Lubnan, diplomat barat dan pemberontak Syria mendakwa serangan tersebut mensasarkan konvoi tentera berhampiran sempadan Lubnan.

Serangan berlaku ketika Israel menyuarakan kebimbangan, peluru berpandu dan senjata kimia Syria, jatuh ke tangan Hizbullah.

Sementara itu, media asing memaklumkan tidak dapat mengesahkan sebarang laporan berhubung serangan itu.

Israel dan Amerika Syarikat pula enggan mengulas lanjut.

Tentera Lubnan pula mengesahkan aktiviti tentera Israel di ruang udara Lubnan meningkat sejak beberapa minggu lepas.