Hizbullah mengesahkan 22 pejuangnya maut ketika membantu tentera Syria menawan semula bandar Qusayr yang terletak berhampiran dengan Lubnan.

Damsyik mengumumkan tenteranya telah menyusup masuk ke lapangan terbang tentera Dabaa, sebuah pos pemberontak di utara Qusayr.

Ia dibuat selepas seminggu usaha mereka menawan semula bandar strategik berkenaan.

Sebahagian mereka dikatakan terbunuh ketika menembusi barisan pertahanan kumpulan penentang.

Dalam perkembangan berasingan sekurang-kurangnya lima penduduk Beirut cedera selepas roket mengenai kawasan yang dihuni penyokong Hizbullah.

Salah satu daripadanya mengenai kereta yang dipamer di sebatang jalan raya dekat Mar Mikhael yang mengakibatkan empat cedera.

Manakala satu lagi tembakan roket mengenai tingkat dua sebuah apartment di Chiyah.

Menteri dalam negeri Lubnan marwan sharbel yang kemudian melawat kawasan berkenaan berkata tembakan dilepaskan daripada kawasan tenggara negara jiran dan menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai perbuatan sabotaj.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan kemungkinan konflik yang melanda syria kemungkinan akan merebak ke negara itu.