TEHRAN: Menteri Luar Iran pada Sabtu berkata Tehran dan Khartoum bersetuju untuk menyambung semula hubungan dua hala dalam masa terdekat, lapor Xinhua.
Hossein Amir-Abdollahian membuat kenyataan itu pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Algeria, Ahmed Attaf di Tehran, lapor Agensi Berita IRNA.
Beliau mengulas mengulas mengenai pertemuan dengan pemangku Menteri Luar Sudan Ali al-Sadiq di luar mesyuarat Biro Penyelaras Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Baku, Azberjan, awal minggu ini.
Pertemuan antara dua "diplomat tertinggi" itu adalah yang pertama antara kedua-dua negara sejak Sudan dan Iran memutuskan hubungan diplomatik pada 2016.
Tehran dan Khartoum bersedia untuk bersetuju dengan rangka kerja dan mengambil langkah perlu untuk menyambung semula hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan di ibu negara masing-masing dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita.
Pada Khamis, Amir-Abdollahian menulis di Twitter, perbincangan beliau dan al-Sadiq di Baku menyentuh mengenai hal untuk menyambung semula hubungan diplomatik secepat mungkin.
Pada sidang akhbar itu, Menteri Iran itu berkata konflik Sudan menjadi kebimbangan bersama Tehran dan Algeria, kedua-dua negara menggesa kedua-dua puak yang berperang di Sudan meletakjan senjata dan berdialog untuk menyelesaikan konflik.
Sudan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada 2016 berikutan tindakan Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Tehran pada tahun yang sama.
Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada awal 2016 sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran selepas kerajaan itu menghukum mati seorang ulama Syiah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Sudan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada 2016 berikutan tindakan Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Tehran pada tahun yang sama.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.
Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran
Mengambil contoh Cameron Highlands sebagai model unggul, beliau berkata penglibatan komuniti telah membawa kepada kejayaan konservasi.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.