HUJUNG minggu lalu, dunia dikejutkan dengan kejadian taufan super iaitu Taufan Hagibis yang membadai negara Jepun sehingga mengorbankan 70 nyawa dan lebih 200 orang cedera.
Bencana yang berlaku pada Sabtu itu turut menyaksikan hampir 3 juta penduduk diarah berpindah kerana dikhuatiri tempat tinggal mereka terjejas akibat ribut tersebut.
Kejadian sebegini sering menjadi igauan bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai.
Namun, apakah bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, sama - perbezaannya hanyalah lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan 'taufan'. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan 'siklon'. Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan 'hurikan'.
Taufan
Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya kelajuan 120 kilometer sejam (km/j).
Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.
BACA: Taufan Hagibis: Kerajaan Jepun peruntuk dana RM27.37 juta bantu mangsa
Oleh kerana taufan berlaku di Barat Laut Lautan Pasifik, ia kerap melanda negara-negara Asia seperti Jepun, Korea, Taiwan, Filipina dan Vietnam, China dan juga kawasan timur Rusia.
Meskipun taufan dikatakan berlaku sepanjang tahun, namun kebanyakannya kerap berlaku di antara bulan Mei dan Oktober.
Taufan juga berputar melawan arah jam kerana ia berlaku di sebelah utara Pasifik. Ini dinamakan kesan Coriolis.
Siklon
Siklon berlaku di kawasan Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Antara negara-negara yang sering dilanda siklon ialah Australia, pantai timur Afrika, Mauritious dan beberapa bahagian di Indonesia.
Oleh kerana ia berlaku di hemisfera selatan, putarannya juga mengikut arah jam.
Hurikan
Berlaku di kawasan Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik, hurikan sering melanda negara-negara seperti Amerika, Mexico, Kepulauan Caribbean dan Bermuda.
Seperti taufan, ia berlaku di hemisfera utara, dan ini membuatkan putarannya melawan arah jam.
Bentuk fizikal
Jika dilihat dari satelit, taufan, siklon mahupun hurikan mempunyai tiga struktur dalam bentuknya iaitu mata, dinding mata dan jalur hujan.
Mata atau 'eye of the storm' merupakan pusat utama bagi taufan tersebut, dan ia merupakan kawasan di mana paling tekanan paling rendah berlaku.
Justeru, ia menjadi pusat di mana angin kencang berpusar di sekelilingnya. Kawasan ini juga biasanya tenang dan mudah dikesan melalui satelit.
Dinding mata merupakan kawasan yang mengelilingi 'mata'. Terdiri daripada jaluran awan, ia juga kawasan di mana hujan paling lebat dan angin paling kuat berlaku.
Di bahagian jalur hujan pula ialah kawasan di mana hujan lebat yang tersusun, berpusar mengelilingi mata ribut berkenaan.
Kesan
Biar apa pun namanya, kesan atau impak yang dibawa oleh ribut berkenaan amat dasyat. Kehadirannya sememangnya sesuatu yang sangat menggerunkan.
Ribut yang melanda turut membawa hujan lebat, angin kencang dan ombak besar yang boleh mengakibatkan banjir serta merosakkan atau memusnahkan bangunan, rumah dan harta benda serta kehilangan nyawa.
Astro Awani
Wed Oct 16 2019
Foto beberapa siklon tropika yang dilihat dari satelit. - Sumber: NASA
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Taufan, siklon dan hurikan - apakah perbezaanya?
Namun, apa bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, sama - perbezaannya cuma lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.