DIANGGARKAN lebih sejuta penduduk Vietnam terpaksa dipindahkan susulan Taufan Molave yang diramalkan akan melanda negara itu.

Proses pemindahan itu berlangsung ketika beberapa wilayah negara itu masih bergelut dengan bencana banjir yang masih belum surut.

Media tempatan melaporkan, proses pemindahan tersebut melibatkan anggota tentera yang memberi keutamaan kepada warga emas, kanak-kanak dan wanita.

Molave diramal membadai Vietnam denngan kelajuan angin 135 kilometer sejam pada pagi Rabu.

Sehingga kini, Taufan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut, 13 yang lain hilang manakala 120,000 penduduk kampung di Filipina hilang tempat tinggal sebelum bergerak ke Vietnam.

Awal bulan ini, Wilayah Quang Binh, Quang Tri dan Hue dilanda banjir teruk dan tanah runtuh yang mengorbankan 136 orang manakala puluhan yang lain hilang.