WASHINGTON: Lima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada syarikat teknologi utama memberi keterangan mengenai usaha perlindungan dan memerangi eksploitasi kanak-kanak dalam talian pada pendengaran Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Mereka terdiri daripada CEO TikTok, Discord, Snap, Meta dan X.
Pengerusi Jawatankuasa Dewan Senat AS, Senator Dick Durbin dalam ucapan pembukaan memetik data bahawa pemerasan berkaitan seks yang mana pemangsa menipu kanak-kanak di bawah umur untuk menghantar gambar dan video eksplisit telah meningkat tahun lalu.
"Peningkatan itu didorang oleh perubahan teknologi," katanya.
Ketika perbicaraan bermula pada Rabu, jawatankuasa itu memainkan video di mana kanak-kanak bercakap tentang menjadi mangsa di platform media sosial.
"Saya telah dieksploitasi secara seksual di Facebook," kata seorang kanak-kanak dalam video itu yang tidak didedahkan identitinya.
Pada pendengaran itu, CEO TikTok Shou Zi Chew muncul buat kali pertama di hadapan penggubal undang-undang AS.
Dalam keterangan bertulis Chew berkata, pihaknya mereka produk dengan berhati-hati dan menjaga remaja.
Beliau menambah, garis panduan komuniti di TikTok melarang sama sekali usaha mengeksploitasi dan membahayakan remaja.
Setakat ini lebih 170 juta rakyat Amerika menggunakan TikTok setiap bulan.
Bagaimanapun, Senator Durbin berkata, platform itu digunakan oleh pesalah untuk menyasarkan kanak-kanak atau memperdagangkan bahan penderaan seksual kanak-kanak.
Selain itu, CEO META Mark Zuckerberg berkata pihaknya sentiasa komited untuk melindungi golongan muda daripada penyalahgunaan platfrom Meta iaitu Facebook dan Instagram.
Usaha ini katanya menerusi keterangan bertulis merupakan cabaran berterusan dengan meningkatkan kawalan dan mengesan taktik baharu individu tidak bertanggungjawab.
Pada 2023, Senat meluluskan beberapa rang undang-undang termasuk salah satunya menghapuskan imuniti firma teknologi daripada liabiliti sivil dan jenayah di bawah undang-undang material penderaan seksual kanak-kanak yang pertama kali dicadangkan pada 2020.
Agensi
Wed Jan 31 2024

Lima CEO daripada syarikat teknologi utama memberi keterangan dalam pendengaran Senat Amerika Syarikat pada Rabu - Gambar Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.