Ringkasan AI
- Kejatuhan rejim Assad dilihat sebagai usaha terancang untuk mendirikan kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau tersebut.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran kepada Assad mengenai sokongan kepada Hezbollah, yang dianggap sebagai salah satu faktor utama dalam kejatuhan rejim tersebut.
- Rejim Assad kehilangan kawalan ke atas beberapa wilayah penting termasuk Suwayda, Quneitra, Homs, dan akhirnya Damsyik, yang menandakan kejatuhan sepenuhnya rejim tersebut.
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata, telahan itu berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran mengenai kejatuhan Assad.
"Dua hari sebelum berlaku kekecohan di Syria, (Benjamin) Netanyahu memberi amaran kepada Bashar al-Assad, yang akan menantikan akibat daripada sokongan yang diberikan kepada Hezbollah.
“Hari ini, kita lihat pertukaran rejim ini sebenarnya adalah untuk menukar kepimpinan baharu kepada kerajaan Syria yang tidak akan mengganggu Israel dan menyekat bantuan kepada Hezbollah, serta menolak Iran dan Rusia daripada menjadi sekutu mereka (Syria),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Sabtu lepas, seluruh Wilayah Suwayda di selatan Syria jatuh ke tangan kumpulan pembebasan. Pada hari yang sama, pihak rejim turut hilang penguasaan terhadap Quneitra.
Di Wilayah Homs, pasukan anti-rejim pada Sabtu berjaya menguasai pusat wilayah itu, manakala kumpulan yang mara ke arah pasukan rejim Assad memasuki kawasan pinggir bandar selatan Damsyik.
Dengan kumpulan bersenjata anti-rejim mula menguasai ibu kota, rejim Assad kehilangan kawalan sepenuhnya ke atas Damsyik pada pagi Ahad.
Agenda AWANI: Rejim Bashar Al-Assad tumbang, apa selepas ini untuk Syria?