SEORANG penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago pada 5 Mei lalu seolah-olah tidak mampu bersabar untuk keluar dari pesawat yang dinaikinya.
Sebelum sempat pesawat itu tiba di pintu yang dikhususkan, dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun, kata Polis Chicago.
Media tempatan melaporkan, polis memberitahu, penumpang lelaki itu telah membuka pintu kecemasan pesawat United Airlines, dan selamba berjalan di atas sayap pesawat berkenaan yang sedang bergerak perlahan, sebelum menggelongsor dan melompat ke atas landasan.
Penumpang lain yang berada dalam pesawat berkenaan berasa sedikit cemas dan tidak mampu berbuat apa-apa, sementara seorang penumpang lain sempat mengambil gambar pintu kecemasan yang telah terbuka itu.
Insiden berkenaan dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan yang dilaporkan saluran berita ABC 7 Chicago, pihak United Airlines berkata, kru di landasan telah menahan penumpang itu sebelum pihak berkuasa tiba dan membawanya untuk siasatan lanjut.
"Pesawat itu kemudiannya tiba di pintu yang dijadualkan dan semua penumpang telah keluar dengan selamat. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami," kata syarikat penerbangan itu.
Menurut Jabatan Penerbangan Chicago, tiada laporan tentang kecederaan. Identiti lelaki berkenaan juga tidak didedahkan buat masa ini.
Agensi
Sat May 07 2022
Keadaan pintu pesawat United Airlines yang terbuka akibat perbuatan lelaki berkenaan sempat dirakam salah seorang penumpang lain. - Twitter @MEEagelston
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap
Dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun.
Mengenang 6 tahun misteri kehilangan pesawat MH370
Usaha mega digerakkan bagi mencari pesawat berkenaan, tetapi malangnya sehingga kini ia kekal misteri.
Ketua Pegawai Operasi MAHB puas hati dengan operasi di Terminal 1 KKIA
Tiada masalah atau kejadian tidak diingini dialami pada pemeriksaan keselamatan, kaunter daftar masuk, pintu berlepas atau balai ketibaan.