Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Abd Hamid Mohd Ali berpuas hati dengan kelancaran hari pertama AirAsia menjalankan operasi di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian penerbangan AirAsia berlepas dari lapangan terbang ini pagi ini, tiada masalah atau kejadian tidak diingini dialami pada pemeriksaan keselamatan, kaunter daftar masuk, pintu berlepas atau balai ketibaan.
"Penumpang dari Guangzhou, Hong Kong dan Kuala Lumpur yang meninggalkan Kota Kinabalu berpuas hati dengan perjalanan operasi pagi ini. Kami amat gembira dengan operasi di terminal itu setakat ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya.
Beliau berkata pada dasarnya, penumpang tidak mempunyai masalah dengan susun atur lapangan terbang itu.
AirAsia memulakan operasi di Terminal 1 KKIA berkuat kuasa hari ini selepas berpindah dari Terminal 2.
Abd Hamid berkata KKIA direka untuk sembilan juta penumpang dan boleh menampung sehingga 12 juta orang.
"Sebanyak 34 penerbangan masuk dan 34 lagi penerbangan keluar oleh AirAsia dengan kira-kira 10,000 pergerakan penumpang dijangka di lapangan terbang hari ini," katanya.
Abd Hamid berkata lapangan terbang itu turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Terminal 2 untuk penumpang yang tidak menerima maklumat awal mengenai perpindahan ke lapangan terbang antarabangsa itu.
Katanya kajian akan diadakan pada hari yang sama untuk mengkaji keputusan operasi atau sebarang gangguan dari segi keselamatan dan keselesaan penumpang.
"Dengan ini, lapangan terbang berharap untuk menyediakan operasi yang lancar dan meningkatkan perkhidmatan AirAsia pada masa akan datang untuk manfaat semua penumpang," katanya.
Abd Hamid berkata Terminal 2 akan digunakan untuk tujuan penerbangan awam dan kargo serta sebagai pangkalan helikopter.
Bernama
Tue Dec 01 2015

Abd Hamid memberitahu, pada dasarnya, penumpang tidak mempunyai masalah dengan susun atur lapangan terbang KKIA. - Gambar fail.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Ketua Pegawai Operasi MAHB puas hati dengan operasi di Terminal 1 KKIA
Tiada masalah atau kejadian tidak diingini dialami pada pemeriksaan keselamatan, kaunter daftar masuk, pintu berlepas atau balai ketibaan.