RAMALLAH: Seorang tahanan wanita warga Palestin berusia 68 tahun meninggal dunia di penjara Israel pagi Sabtu dan punca sebenar kematian masih belum diketahui, menurut kenyataan Pertubuhan Kelab Tahanan Palestin.
Sa'deya Farajallah, ibu kepada lapan anak berasal dari bandar Hebron, Tebing Barat itu meninggal dunia di penjara Damon di utara Israel, lapor Xinhua.
Farajallah merupakan tahanan wanita tertua dan ditahan ketika cuba menikam tentera Israel berhampiran Masjid Ibrahimi, Hebron pada Disember 2021.
Pihak berkuasa Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.
Perkhidmatan Penjara Israel memaklumkan, Farajallah menghidap penyakit kronik dan menerima rawatan berkala di hospital dan kembali ke penjara pada minggu ini.
Siasatan telah dijalankan berhubung punca kematiannya.
Tayseer Farajallah, merupakan adik lelaki Sa'deya, memberitahu Xinhua bahawa kakaknya tidak mengalami sebarang penyakit dan mendakwa "Sa'deya diseksa dalam penjara" serta "pihak penjara mengabaikan dirinya tanpa diberi rawatan yang sewajarnya."
Dia berkata "ahli keluarga tidak dibenarkan melawatnya dengan memberikan pelbagai alasan," menuduh pihak berkuasa Israel "bertanggungjawab sepenuhnya" atas kematian Sa'deya dan menuntut agar bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca utama kematiannya.
Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye turut menuntut agar pihak berkuasa Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian Farajallah akibat kecuaian perubatan, menyeru jawatankuasa hak asasi manusia antarabangsa untuk menjalankan siasatan dan memberi tekanan kepada Israel supaya membebaskan semua tahanan wanita, terutama yang sakit dan kanak-kanak.
Kematian Farajallah menjadikan jumlah tahanan Palestin yang mati di penjara Israel sejak 1967 mencecah 230, lapor Agensi Berita Rasmi Palestin WAFA.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, kira-kira 500 tahanan yang sakit berada dalam penjara Israel, dengan hampir 50 kes memerlukan rawatan khas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Farajallah merupakan tahanan wanita tertua dan ditahan ketika cuba menikam tentera Israel berhampiran Masjid Ibrahimi, Hebron pada Disember 2021. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tahanan tertua Palestin maut dalam penjara Israel
Sa'deya Farajallah, ibu kepada lapan anak berasal dari bandar Hebron, Tebing Barat itu meninggal dunia di penjara Damon di utara Israel.