SEORANG wanita dari Devon, United Kingdom yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke 103 percaya tabiat tidak menonton televisyen menjadi kunci rahsia untuk panjang umur.
Menurut Gertrude Hindley, dia tidak berpeluang menonton beberapa peristiwa penting yang berlaku di sekelilingnya hanya kerana dia tidak pernah memiliki televisyen.
Gertrude yang pernah bekerja sebagai penjaga berkata dia tidak pernah berminat untuk memiliki sebuah televisyen walaupun kebanyakan orang yang dikenalinya mempunyai set televisyen sendiri di rumah mereka.
"Semua rakan-rakan saya memiliki TV, tetapi saya tidak pernah berminat untuk membelinya. Saya hanya mahukan ketenangan."
Sebaliknya, Gertrude yang baru sahaja menyambut hari jadinya dikatakan hanya suka mendengar radio pada masa lapangnya.
Ini bermakna, Gertrude tidak pernah menonton peristiwa terpenting di dunia seperti pertabalan Queen Elizabeth II, pembunuhan JFK, berita pendaratan di bulan, serta insiden runtuhnya Tembok Berlin.
Keluarga Gertrude, dalam pada itu, menganggap tabiat wanita itu yang tidak mahu mengetahui apa yang sedang berlaku menyebabkan dia hidup lebih lama tanpa sebarang kerisauan.
Menurut anak saudara Richard Hindley, ibu saudaranya tidak pernah menunjukkan keinginan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.
“Saya rasa itulah rahsia ibu saudara saya dapat hidup begitu lama.”
Richard turut berkata, Gretrude hanya mengenali peristiwa-peristiwa besar yang berlaku ketika dia masih muda.
Difahamkan, wanita itu mempunyai sebuah radio transistor di dalam bilik tidur, tetapi ia hanya digunakan untuk berita tempatan.
Malah, wanita yang kini tinggal di rumah penjagaan itu dilapor hanya suka mendengar program berkenaan alam semula jadi dan berita di radio apabila bapanya, Charles masih hidup.
Gertrude yang tidak mempunyai anak berkata dia hanya menonton televisyen semasa dia melawat rakannya di rumah mereka.
Pesara itu juga pernah membantu menubuhkan Kebajikan Haiwan Daerah Sidmouth dan Pusat Penyelamat Haiwan ARC pada tahun 1970-an.
Kohilah Sekaran
Sun May 31 2015

Menurut Gertrude Hindley, dia tidak berpeluang menonton beberapa peristiwa penting yang berlaku di sekelilingnya hanya kerana dia tidak pernah memiliki televisyen.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tabiat tidak menonton TV jadi kunci rahsia wanita 103 tahun
Seorang wanita yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke 103 percaya tabiat tidak menonton televisyen menjadi kunci rahsia untuk panjang umur.