GENEVA: Kerajaan Sweden mengumumkan pada Ahad negara ini ingin menghalang individu yang "cuba datang ke Sweden dan melakukan jenayah" selepas insiden membakar al-Quran, di Stockholm minggu lalu.
"Pada Mei tahun ini, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan semula kawalan sempadan. Kami jelas tentang sebab-sebabnya: terutamanya peningkatan ancaman terhadap Sweden yang dikaitkan dengan peristiwa seperti demonstrasi sebelum ini yang menyaksikan al-Quran dibakar," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kehakiman telah diberi taklimat bagaimana polis Sweden mengatur kawalan di sempadan, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan membakar kitab suci umat Islam itu pada Rabu lalu.
Semasa demonstrasi yang mendapat kebenaran pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang Sweden, seorang lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Iraq yang dikatakan mempunyai hubungan dengan militia Syiah, dilaporkan mengoyak dan membakar naskhah al-Quran ketika umat Islam menyambut Aidiladha.
Insiden itu berlaku di luar Stockholm Central Mosque dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa Iran.
"Di Sweden, kebebasan bersuara mendapat perlindungan yang kuat. Tetapi ini tidak bermakna kerajaan menyokong setiap pendapat yang disuarakan. Perhimpunan awam yang mendapat kebenaran juga boleh menjadi polarisasi dan menyinggung perasaan.
"...Demonstrasi itu juga memberikan kesan yang serius terhadap keselamatan dan ketenteraman dalaman Sweden.
"Berdasarkan pengalaman kami, kedua-dua individu yang memulakan demonstrasi seperti ini dan individu yang bersedia untuk menggunakan keganasan melampau selalunya mereka ini datang dari negara lain," menurut kementerian yang menjadikan kes warga Iran itu sebagai contoh.
Momika hanya mempunyai permit untuk tinggal sementara di Sweden.
Polis mempunyai hak untuk menghalang individu daripada memasuki Sweden jika mereka mengancam kepentingan awam.
"Penting untuk kita mempunyai kawalan sempadan yang berkesan," menurut kementerian itu.
Pada Ahad, Kementerian Luar Sweden turut menghantar kenyataan bertulis kepada televisyen SVT.
"Kerajaan Sweden memahami bahawa tindakan Islamofobia yang dilakukan individu semasa demonstrasi baru-baru ini di negara itu mungkin menyinggung perasaan umat Islam," menurut kenyataan itu.
Kementerian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan perbuatan berkenaan tidak mencerminkan pendirian kerajaan Sweden dalam apa cara sekalipun.
Selain itu, kementerian turut menyifatkan perbuatan membakar al-Quran dan kitab suci lain sebagai provokasi eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas).
"Perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan tidak mempunyai tempat di Sweden atau Eropah," menurut kementerian.
-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Mon Jul 03 2023

Insiden itu berlaku di luar Stockholm Central Mosque dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa Iran. - Gambar fail/REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.

Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.

Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.

Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.

Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.

Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.

Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.

Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.

PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.

Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.