Buat pertama kalinya, pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi bertemu dengan ketua angkatan tentera negara tersebut

Pertemuan itu diaturkan Presiden Thein Sein dalam usaha untuk usaha menonjolkan reformasi demokrasi yang dilaksanakannya menjelang kunjungan Presiden Barack Obama dua minggu lagi.

Suu Kyi yang dilarang bertanding jawatan presiden pada pemilihan presiden tahun depan sebelum ini mengesa pertemuan diadakan bagi berbincang mengenai reformasi politik Myanmar.


Namun permintaannya sebelum ini, sering ditolak.

Parti liga demokrasi yang dipimpin Suu Kyi sebelum ini mendesak agar perlembagaan dipinda bagi membolehkan Suu Kyi bertanding jawatan Presiden.

Perlembagaan Myanmar tidak membenarkan beliau bertanding jawatan nombor satu itu kerana anak-anaknya memegang kewarganegaraan asing.

Kedua anaknya ialah warga Britain.