KUALA LUMPUR: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menangguhkan pelancaran roket terbaharu dikenali sebagai Space Launch System (SLS) dalam misi ke bulan pada Isnin.
NASA dalam kenyataannya pada Isnin berkata, roket berketinggian 322 kaki yang membawa projek Artemis 1 untuk ke bulan itu menghadapi masalah berkaitan enjin seperti yang disahkan oleh juruteranya.
"Pelancaran Artemis 1 tidak akan berlaku hari ini selepas pasukan (pelancaran) mengenal pasti masalah pada enjin roket.
"Pihak NASA sedang mendapatkan data dan kami akan mengemas kini maklumat berkaitan masa pelancaran seterusnya," katanya di Twitter hari ini.
Mengikut jadual asal, SLS sepatutnya dilancarkan di Pusat Angkasa Kennedy, Florida pada jam 8.33 pagi Isnin waktu tempatan.
Walau bagaimanapun, misi pertama kali agensi itu ke bulan selepas 50 tahun lamanya tidak dapat direalisasikan atas sebab teknikal.
Misi ini turut bertujuan melancarkan ujian kapsul Orion yang mana kapal angkasa tersebut akan mengelilingi bulan sebelum pulang ke bumi di Lautan Pasifik dalam tempoh enam minggu.
Kapsul Orion bagaimanapun tidak akan membawa angkasawan pada ujian kali ini.
NASA menjangkakan pelancaran bersama angkasawan hanya dapat dilaksanakan pada misi-misi seterusnya bermula 2024.
Agensi
Mon Aug 29 2022
NASA dalam kenyataannya pada Isnin berkata, roket berketinggian 322 kaki yang membawa projek Artemis 1 untuk ke bulan itu menghadapi masalah berkaitan enjin seperti yang disahkan oleh juruteranya. - Foto Facebook/NASA
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
SLS tidak jadi ke bulan, pelancaran ditangguh kerana masalah enjin
NASA akan memaklumkan berkenaan tarikh dan masa baharu bagi pelancaran roket SLS ke bulan.