SEMENANJUNG GAZA: Walaupun selamat dalam serangan tentera israel, nasib beberapa keluarga di Semenanjung Gaza, tetap berubah. 

Tiada lagi tempat tinggal, hanya bilik darjah dijadikan tempat berteduh.

Ketika rejim zionis Israel galak menyerang di Gaza, ahli keluarga Abu Muawad melarikan diri ke lokasi lebih selamat.

Mereka berlindung di pusat perlindungan sekolah yang ditubuhkan oleh PBB yang sesak.

Sejak gencatan senjata dan serangan mula reda, mereka sekeluarga kembali ke kampung tetapi mendapati rumah mereka musnah sepenuhnya.

Kini, mereka bersama 21 kelurga yang lain tumpang berteduh di sekolah itu dan meneruskan hidup dengan apa sahaja yang ada.

Serangan kejam rejim Israel yang bermula 21 Mei lalu memusnahkan ratusan rumah di Gaza dan mengorbankan lebih 250 orang.



Kesengsaraan di Gaza | Tiada tempat tinggal, hanya berteduh di sekolah