SAN JOSE (California): Penggodam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Rusia dilaporkan telah menggodam e-mel beberapa pegawai kanan Microsoft, menurut gergasi perisian Amerika Syarikat itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Serangan itu dipercayai bermula pada akhir November dan dikesan pada 12 Jan, menurut Microsoft dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Penggodam turut memuat turun beberapa dokumen yang terdapat dalam e-mel namun Microsoft tidak memberi butiran lanjut mengenai e-mel pegawai kanan yang terjejas.
Akaun e-mel milik ahli korporat pasukan keselamatan siber dan undang-undang Microsoft turut diakses.
"Microsoft mengenal pasti penggodam sebagai Midnight Blizzard juga dikenali sebagai Nobelium," menurut syarikat AS itu.
Jumlah akaun pekerja yang terjejas masih belum dapat dipastikan namun Microsoft menegaskan bahawa peratusannya sangat kecil.
Sehingga 30 Jun, syarikat itu mempunyai kira-kira 221,000 pekerja.
Microsoft berkata serangan itu bukan disebabkan kelemahan sistem atau perkhidmatannya.
"Sehingga kini, tiada bukti bahawa penggodam mempunyai sebarang akses kepada data pelanggan, sistem pengeluaran, kod sumber atau sistem AI (kecerdasan buatan)," menurut syarikat itu.
Microsoft memaklumkan bahawa penggodam pada mulanya menyasarkan akaun yang mempunyai maklumat berkaitan Midnight Blizzard.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Penggodam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Rusia dilaporkan telah menggodam e-mel beberapa pegawai kanan Microsoft, menurut gergasi perisian Amerika Syarikat itu pada Jumaat. - Gambar fail/REUTERS

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Skype tamat operasi 5 Mei, pengguna digalakkan beralih ke Microsoft Teams
Aplikasi Skype bakal menamatkan operasinya pada 5 Mei ini selepas 21 tahun beroperasi.

Microsoft mula tawarkan aplikasi Copilot untuk macOS
Aplikasi ini menawarkan ciri seperti menjana teks, imej, berbual dengan chatbot AI, dan melakukan kajian.

Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.

MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.

Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP - Fahmi
Syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.

Microsoft umum tamat sokongan aplikasi Office untuk Windows 10 pada Okt 2025
Pengguna Microsoft 365 digalakkan naik taraf ke Windows 11.

Microsoft rancang labur AS$80 bilion untuk pusat data AI pada fiskal 2025
Microsoft merancang untuk melabur hampir AS$100 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan AI pada tahun fiskal 2025.

Kurangkan kebergantungan pada OpenAI, Microsoft tambah model AI lain kuasakan CoPilot
Selain mengurangkan kebergantungan, langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan kos oleh Microsoft.

Ketua Microsoft Gaming sahkan konsol mudah alih Xbox sedang dibangunkan
Konsol mudah alih ini dijangka diperkenalkan dalam masa beberapa tahun lagi.

Microsoft bina pusat data guna kayu balak untuk kurangkan jejak karbon
Walaupun kayu CLT ini lebih mahal berbanding konkrit dan besi, ia jauh lebih ringan dan mudah untuk membangunkan struktur bangunan.