SINGAPURA: Singapura mengumumkan pakej bantuan bernilai S$1.5 bilion (S$1=RM3.174) bagi menyalurkan kemudahan bersasar dan segera untuk kumpulan berpendapatan rendah serta mudah terjejas akibat tekanan inflasi.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) republik itu, pakej yang akan turut memberi bantuan lanjut kepada syarikat-syarikat tempatan bagi transformasi perusahaan dan tenaga kerja, telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong.
"Ini bersandarkan langkah-langkah sokongan yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 dan April 2022.
"Pakej ini dibiayai menerusi pulangan fiskal yang mengatasi jangkaan untuk tahun kewangan 2021, didorong oleh peningkatan pendapatan akibat pemulihan ekonomi lebih kukuh pada 2021 susulan penurunan perbelanjaan daripada anggaran langkah-langkah menangani COVID-19 seperti varian Omicron yang kurang serius daripada jangkaan.
"Ini juga tidak akan membabitkan pengeluaran seterusnya daripada rizab sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Selasa.
Menurut MOF, peperangan di Ukraine yang masih berterusan dan sekatan COVID-19 di beberapa negara, telah menjejaskan rantaian bekalan dan melonjakkan harga tenaga dan makanan.
"Faktor-faktor ini telah menyebabkan kenaikan inflasi yang ketara dan melebihi jangkaan di serata ekonomi utama. Malah, inflasi global juga berkemungkinan kekal tinggi untuk beberapa waktu dan terus meningkat sebelum kembali stabil.
"Begitu juga di Singapura, kita perlu bersedia menghadapi kenaikan harga untuk beberapa bulan akan datang, terutama bagi harga tenaga yang berkemungkinan kekal tinggi pada separuh kedua tahun ini," kata kementerian itu.
Pakej bantuan itu antara lainnya akan menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Singapura layak menerima Bayaran Baucar GST Khas sehingga S$300 pada Ogos 2022.
Selain itu, Kredit Utiliti Isi Rumah S$100 akan disalurkan kepada setiap isi rumah bagi membantu mereka menampung bil berkaitan.
MOF berkata, kenaikan harga minyak juga telah meningkatkan kos bagi kebanyakan individu bekerja sendiri yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari sumber rezeki manakala larangan eksport ayam hidup dari Malaysia telah menjejaskan mata pencarian rumah sembelih terbabit.
"Kita akan memberi bantuan bersasar kepada kumpulan ini," katanya.
Sebanyak 11 rumah sembelih ayam Singapura dengan pekerjanya bergantung hidup kepada bekalan ayam hidup, akan diberi pengecualian Levi Pekerja Asing selama sebulan.
"Bantuan ini dapat mengekalkan keupayaan industri itu berikutan larangan eksport terbabit," katanya.
Pada masa sama, pakej bantuan itu akan membolehkan penyewa utama teksi dan pemandu kereta sewa persendirian, menerima bantuan sekali gus sebanyak S$150 pada Ogos 2022.
Bagi perniagaan, MOF berkata secara amnya, kerajaan akan melaksanakan langkah yang dapat membantu syarikat menangani peningkatan kos tenaga menerusi pembiayaan pelaburan bersama dalam peralatan cekap tenaga.
"Langkah ini lebih mampan dalam membantu perniagaan-perniagaan ini menguruskan kenaikan harga tenaga yang di luar kawalan kita," katanya.
Satu Geran Kecekapan Tenaga baharu akan membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam sektor Perkhidmatan Makanan, Pembuatan Makanan dan Runcit mendapat sokongan sehingga 70 peratus bagi menggunakan peralatan cekap tenaga dalam kategori yang telah diluluskan.
"Sektor-sektor ini mengalami impak yang ketara akibat kenaikan harga elektrik serta kesannya terhadap keseluruhan kos perniagaan mereka," kata MOF.
Menurutnya, bagi membantu perusahaan tempatan menangani kebimbangan mengenai aliran tunai, Skim Pembiayaan Perusahaan - Pinjaman Perdagangan akan dipertingkatkan dengan kuantum maksimum pinjaman dinaikkan kepada S$10 juta daripada S$5 juta mulai 1 Julai, 2022 hingga 31 Mac, 2023.
Kerajaan juga akan terus menyediakan 70 peratus perkongsian risiko bagi skim terbabit sepanjang tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Pakej bantuan itu antara lainnya akan menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Singapura layak menerima Bayaran Baucar GST Khas sehingga S$300 pada Ogos 2022. - Gambar fail
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.