SINGAPURA: Singapura akan selaraskan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 31 Mac 2023, sepadan dengan semakan kadar tol oleh Malaysia baru-baru ini untuk Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuh Raya Linkedua.
"Pelarasan itu selari dengan dasar Singapura yang menyamakan dengan kadar tol Malaysia," kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) republik itu di laman sesawangnya hari ini.
Menurut agensi itu, semakan akan melibatkan semua kategori kenderaan kecuali motosikal.
LTA menyatakan tiada perubahan pada kadar tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Kadar tol baharu untuk Kereta ialah pada S$2.10; Van/Kenderaan Barangan Ringan (S$5.60); Kenderaan Barangan Berat (S$11.30); Teksi (S$1.60); dan Bas (S$2.50).
Sama seperti semakan Malaysia, kadar tol standard akan dikenakan sepanjang hari kerana tiada lagi kadar waktu puncak atau waktu luar puncak yang ditawarkan.
Pada 25 Feb 2023, menurut pengumumuan PLUS Malaysia Bhd di laman sesawangnya, mulai 1 Mac 2023, kadar tol waktu luar puncak di Plaza Tol Tanjung Kupang akan diselaraskan kepada kadar biasa.
"Dengan penyelarasan ini, pengguna semua jenis kenderaan yang melalui Plaza Tol Tanjung Kupang di lebuh raya Linkedua akan membayar tol dengan kadar biasa seperti mana kadar yang dicajkan pada waktu puncak pada ketika ini.
Pada 2018, sebagai langkah menggalakkan orang ramai beralih ke Plaza Tol Tanjung Kupang untuk keluar dan masuk ke Singapura, PLUS telah memperkenalkan kadar tol waktu luar puncak kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Tanjung Kupang.
Menurut PLUS, walaupun pelaksanaannya sudah melebihi lima tahun, langkah itu kurang mendapat sambutan.
Berdasarkan rekod, jumlah trafik harian yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang didapati masih sama seperti mana yang dicatatkan sebelum kadar waktu luar puncak itu ditawarkan.
"Tiada sebarang peningkatan trafik ketara di waktu luar puncak bagi Plaza Tol Tanjung Kupang," menurut PLUS.
Data trafik turut menunjukkan lebih 50 peratus daripada kenderaan yang menikmati kadar tol waktu luar puncak di plaza tol itu merupakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.
Kadar tol baharu bagi Kereta ialah RM6.14; van/Kenderaan Barangan Ringan (RM17.10); Kenderaan Barangan Berat (RM34.30); Teksi (RM4.67); dan Bas (RM7.45).
Tiada caj untuk motosikal di kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
![Singapura selaras caj tol sepadan kadar tol Malaysia di Linkedua bermula 31 Mac Singapura selaras caj tol sepadan kadar tol Malaysia di Linkedua bermula 31 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678960359_PlazaTol.jpg)
Sama seperti semakan Malaysia, kadar tol standard akan dikenakan sepanjang hari kerana tiada lagi kadar waktu puncak atau waktu luar puncak yang ditawarkan.- Gambar hiasan/BERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Singapura selaras caj tol sepadan kadar tol Malaysia di Linkedua bermula 31 Mac Singapura selaras caj tol sepadan kadar tol Malaysia di Linkedua bermula 31 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678960359_PlazaTol.jpg)
Singapura selaras caj tol sepadan kadar tol Malaysia di Linkedua bermula 31 Mac
Singapura akan selaraskan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 31 Mac 2023, sepadan dengan semakan kadar tol oleh Malaysia baru-baru ini untuk Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuh Raya Linkedua.
![KWSP harapkan penyelesaian wajar babitkan PLUS KWSP harapkan penyelesaian wajar babitkan PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466430114_kwsp.jpg)
KWSP harapkan penyelesaian wajar babitkan PLUS
KWSP akan membincangkan perkara itu dengan kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd secepat mungkin bagi memastikan kepentingan ahlinya dilindungi.
![Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494995513_WoodlandsSingapura.jpg)
Mansuh, kurangkan caj tol bukti hubungan baik Malaysia-Singapura
Langkah kerajaan Singapura memansuhkan caj tol bagi kenderaan yang memasuki republik itu mencerminkan hubungan baik antara kerajaan republik itu dengan Malaysia.
![Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494995513_WoodlandsSingapura.jpg)
Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb
LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.
![Idea bangun awal elak tol: Netizen saran diskaun sebelum jam 6 pagi Idea bangun awal elak tol: Netizen saran diskaun sebelum jam 6 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437231643_RAHMANDAHLAN.jpg)
Idea bangun awal elak tol: Netizen saran diskaun sebelum jam 6 pagi
Banyak cadangan bernas diutarakan berkenaan caj tol dan ia menerima reaksi positif dari Rahman Dahlan sendiri.