SINGAPURA: Singapura memperhebat program saringan untuk mengesan kes COVID-19 lebih awal berikutan gelombang baharu jangkitan dalam kalangan komuniti ketika ini, menurut pasukan pelbagai kementerian (MTF) republik itu.
Menurut unjuran semasa, MTF berkata 'berkemungkinan kita akan mencecah lebih 1,000 kes harian, yang dikesan menerusi saringan itu'.
MTF menyatakan gelombang jangkitan semasa bermula 23 Ogos dan ini adalah kali pertama republik itu mengalami peningkatan mendadak gelombang jangkitan dalam komuniti.
Pada 9 Sept, Singapura mengesan sejumlah 450 kes jangkitan COVID-19 komuniti.
MTF menyatakan, jumlah kes harian meningkat sejak minggu sebelumnya, dengan purata 76 kes sehari sebelum ini kepada 288 kes pada minggu lalu.
Pada sidang akhbar maya semalam, Pengerusi Bersama MTF yang juga Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong, berkata 'peningkatan mendadak itu begitu membimbangkan'.
"Meskipun kadar vaksinasi kita sudah mengatasi banyak negara dan satu daripada negara yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi dunia, kami mahu memastikan jumlah kes tidak naik mendadak kerana ia boleh menjurus ke arah kes yang lebih serius dan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan kita.
"Oleh itu kami mahu lebih berhati-hati dan memberi lebih masa untuk memastikan bahawa jumlah kes harian yang tinggi, tidak mengakibatkan jumlah kes serius yang tinggi atau kematian," katanya.
Gan berkata, tempoh dua atau empat minggu akan datang, adalah detik kritikal buat Singapura "kerana kami akan mengesan sama ada keadaan pesakit menjadi lebih teruk atau mengalami komplikasi lebih buruk.
"Kami akan menggunakan tempoh beberapa minggu ini untuk memberi kami masa bagi memantau jumlah kes serius, meningkatkan kapasiti saringan, dan terus meningkatkan liputan vaksinasi kami. Keadaan ini membolehkan melangkah ke depan dengan lebih yakin apabila tiba masanya kelak.
"Ketika kita mengharungi gelombang pada hari mendatang, kami perlu meningkatkan saringan dan menjadikannya sebagai elemen penting strategi kami, dalam perjalanan kita ke arah meningkatkan daya tahan COVID-19," katanya.
Gan menegaskan bahawa saringan turut penting untuk perniagaan kerana andai jangkitan dapat dikesan lebih awal maka besar kemungkinan ia tidak membabitkan kluster yang besar dan keadaan itu tidak menyebabkan lebih banyak gangguan terhadap perniagaan.
Bagaimanapun, MTF menyatakan, jumlah kes serius COVID-19 masih rendah.
Sehingga 9 Sept, sebanyak 26 kes serius dicatatkan membabitkan pesakit terpaksa diberikan bantuan pernafasan dan tujuh lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
MTF menegaskan, semakin banyak bukti kukuh menunjukkan bahawa vaksinasi memberikan perlindungan daripada keadaan menjadi lebih buruk.
Antara kes yang sudah mendapat vaksinasi lengkap sejak 28 hari lalu, MTF berkata, 99.2 peratus adalah asimptomatik atau mempunyai gejala ringan manakala dalam kalangan mereka yang belum divaksin atau belum lengkap, 95.1 peratus mengalami gejala ringan.
Setakat 8 Sept, 81 peratus penduduk Singapura sudah lengkap/menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan 83 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Setakat 8 Sept, 81 peratus penduduk Singapura sudah lengkap/menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan 83 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Gambar hiasan / Reuters
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri
Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.
Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19
Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.
Jepun mungkin hadapi gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 - Pakar
Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.
Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19
Sebanyak 93 peratus daripada 232 undian menyatakan kerisauan mereka dan selebihnya tujuh peratus tidak berasa takut.
Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
"Masih boleh membunuh" - PM Perancis beri amaran gelombang baharu COVID-19
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan "lebih 40,000 kes baharu" dikesan di negara itu setiap har