PARIS: Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan "lebih 40,000 kes baharu" dikesan di negara itu setiap hari.
Bercakap ketika Perhimpunan Kebangsaan Perancis, Borne menyuarakan kebimbangan mengenai kadar vaksinasi dos penggalak yang rendah dalam kalangan mereka yang dianggap berisiko tinggi, serta memberi amaran bahawa COVID-19 "masih boleh membunuh", lapor Xinhua.
Hanya 10 peratus daripada golongan berisiko tinggi telah mendapatkan suntikan penggalak, katanya.
"Wabak COVID-19 telah kembali," dengan kadar kemasukan ke hospital meningkat hampir 10 peratus dalam tempoh satu minggu, kemasukan ke unit kritikal mencatatkan peningkatan 22 peratus dan 400 kematian direkodkan akibat COVID-19 minggu lalu.
Perdana menteri wanita pertama Perancis itu juga memberi amaran bahawa sistem hospital negara itu akan menghadapi "tekanan tambahan" susulan kemunculan semula COVID-19 di tengah-tengah penularan wabak selesema dan wabak bronkiolitis yang disifatkan terburuk melanda negara itu dalam tempoh 10 tahun.
Borne menyeru agar langkah pencegahan tertentu diperkenalkan semula termasuk pemakaian pelitup muka di kawasan sesak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Borne menyuarakan kebimbangan mengenai kadar vaksinasi dos penggalak yang rendah dalam kalangan mereka yang dianggap berisiko tinggi. - Fail/REUTERS

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.

Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri
Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.

Sebuah negeri di Australia berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19
Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan negeri itu.

Jepun mungkin hadapi gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 - Pakar
Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.

Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.

Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.

Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19
Sebanyak 93 peratus daripada 232 undian menyatakan kerisauan mereka dan selebihnya tujuh peratus tidak berasa takut.

Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.

"Masih boleh membunuh" - PM Perancis beri amaran gelombang baharu COVID-19
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan "lebih 40,000 kes baharu" dikesan di negara itu setiap har